Tuesday, October 21, 2008

Graf Iman..............

Aku mcm org bodoh sejak kebelakangan ni. Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Seorang mukmin blaja drpd kesilapan semalam untuk improve pada hari ni. Tp aku..aku mmg jatuh berkali2 ke dalam lubang yg sama. Bukan 2 kali tp berkali2. x terkira. Aku pn xtau knp dan aku still mencari sbbnya. Dan aku juga sedang mencari turning point utk aku bangkit kembali dari kejatuhan ni.

Iman mmg turun dan naik tp graf iman x sm dgn graf sine atau kosine. Graf iman, wlupun turun dan naik ttp gradually increase. Down mestilah tidak sama dengan down yg sebelumnya.Apa aku ngarut nih..korang tgk la graf kt bwh nih..tp ni bkn graf iman..hahaha..

Tp graf kt atas ni ada skit2 persamaan dgn graf iman la. Starting around 15 and gradually increase over time. Obviously, ada penurunan pd sela2 masa dlm setiap tahun tp x pnh kurang dr starting value. Lebih kurang cmtula..

Aku..xtau dok ktne..masih lg mencari ktne la aku berada dlm graf imanku. Dan korang pn perlu tahu ktne korang berada dlm graf iman korang. Sumenye ada graf masing2. Korang x perlu gn graphic calc.

Bg aku sendiri, graf iman aku sgt besar peranannya. Klu down, nk study pn malas. X mcm org kafir kan. Diorg x beriman pn study ok je. Dlm hidup sorang muslim ni, iman, bg aku, adalah key factor. Nk bt apa pn, kn based kpd iman. So, aku rs kn byk bertaubat kpd Allah dan berusaha mendekatkan diri kpdNya adalah jalan terbaik utk mengekalkan momentum iman agar terus meningkat. Doakan aku kwn2..

"Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepadamu (Al-Qur'an) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak sedang kamu tidak menyedarinya.

agar jangan ada orang yang mengatakan,"Alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah dan sesungguhnya aku termasuk orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).

atau (agar jangan) ada yang berkata,"Sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa.

atau (agar jangan) ada yang berkata ketika melihat azab,"Sekiranya aku dapat kembali (ke dunia) tentu aku termasuk orang-orang yang berbuat baik.

QS: Surah Az-Zumar, Ayat 53 hingga 58

Wallahua'lam bish shawab.

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template