Wednesday, October 08, 2008

TEMUDUGA TERTUTUP

Semua org diwajibkan hadir tanpa sebarang pengecualian samada suka atau terpaksa.

KEKOSONGAN JAWATAN

a. Ahli Syurga dari awal
b. Ahli Neraka dari awal
c. Ahli Neraka sementara kemudian dilantik jadi Ahli Syurga

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas utk Jawatan di perenggan (a)

1. Nikmat dlm kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan meniti Titian Sirat
4. Syurga yg kekal abadi

TARIKH TEMUDUGA

Bila2 masa secara ad hoc bermula dr saat membaca artikel ini

LOKASI TEMUDUGA

Di dlm kubur (underground)

SYARAT2 KELAYAKAN

* Anda tidak perlu bawa sijil2 akademik 1st class
* Anda tidak perlu bawa pingat darjah kebesaran etc
* Anda tidak perlu bawa duit atau harta byk2
* Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik atau kacak (sehelai kain putih yg menutup seluruh tubuh pn dh cukup)
* Cuma sila bawa dokumen asal IMAN dan AMAL SOLEH

PANEL PENEMUDUGA

Munkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab pegangan anda?
5. Apa kiblat anda?
6. Siapa saudara anda?

CARA MEMOHON

Anda cuma perlu menunggu penjemput yg berkaliber utk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila2 masa (mungkin sekejap lg). Ia akan berlembut kpd org2 tertentu dan akan keras terhadap org2 tertentu. Namanya IZRAIL.

TIPS UNTUK BERJAYA DLM TEMUDUGA TERTUTUP INI

Hadis Hasan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal yg bermaksud; Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya apabila jenazah seseorg itu diletakkan di dlm kuburnya, jenazah itu akan mendengar terompah (kasut) org2 yg menghantarnya ke kubur dan pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika jenazah itu seorang muslim, maka solat yg dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan drpd sedekah, silaturrahim, amalan kebajikan, dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari arah kepala, maka solat itu berkata kpd malaikat, "dari arahku tidak ada jalan masuk". Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kpdnya, "dari arahku tidak ada jalan masuk". Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kpdnya, "dr arahku tidak ada jalan masuk". Kemudian didatangi dari arah kedua-dua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan, "di bahagianku tidak ada jalan masuk". Maka malaikat berkata kpdnya, "Duduklah kamu. Kpdnya (jenazah) diperlihatkan matahari yg sudah mula terbenam, lalu malaikat bertny kpd jenazah itu, "Apa pandangan kamu ttg seorang lelaki (Muhammad saw) yg kamu dahulu sentiasa bercakap ttgnya dan bagaimana penyaksian kamu kpdnya?" Maka berkata mayat itu, "Tinggalkan aku sebentar, aku hendak solat". Maka berkata malaikat, "Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh solat) ttp jawab dahulu apa yg kami tny ini, "Apa pandangan kamu ttg seorang lelaki (Muhammad saw) yg kamu dahulu sentiasa bercakap ttgnya dan bagaimana penyaksian kamu kpdnya?" Maka berkata mayat itu, "Lelaki itu ialah Muhammad saw dan aku bersaksi bhw Nabi Muhammad saw itu adalah pesuruh Allah yg membawa kebenaran drpd Allah SWT." Maka malaikat berkata kpd mayat itu,"Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat InshaAllah". Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikatakan kpdnya "itulah tmpt kamu dan kamu akan berada di dlmnya". Maka bertambahlah gembira jenazah itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.

Nampaknya "pertahanan" kita perlu kuat dari semua arah (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!!

-Dipetik dr Diari Mukmin-

1 shuriken:

Abu Khalid said...

Salam...

Bagus posting ni///

Teringat zaman muda2 dulu,ana siap paskan pada kawan2 lagi...

Betapa terkesannya

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template