Friday, October 10, 2008

Penghulu Segala Hari

472. Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a, bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda:"Kita ini adalah umat terakhir, tetapi terkemuka. Mereka (yahudi dan nasrani) lebih dahulu diturunkan kpd mereka kitab. Dan hari ini (Jumaat) adalah hari diwajibkan kepada mereka solat. Tetapi mereka berselisih pendapat tentang hari itu. Kerana itu Allah swt memberi petunjuk kepada kita tentang hari itu. Sedang orang-orang lain mengikuti di belakang kita iaitu yahudi esoknya (sabtu) dan nasrani lusa (ahad)"

473. Diberitahukan oleh Abdullah bin Umar ra, bahawa Rasulullah saw:"Apabila kamu hendak solat jumaat, mandilah lebih dahulu"

474. Abu Said ra mengatakan bahwa dia menyaksikan Rasulullah saw bersabda:"Mandi hari jumaat adalah wajib atas setiap orang dewasa. Begitu juga menggosok gigi dan memakai harum-haruman, kalau mungkin"

487. 'Abayah bin Rifa'ah ra mengabarkan bahwa ia bertemu dengan Ibnu 'Abbas ketika dia pergi ke Juma'at. Abu 'Abbas berkata kepadanya bahwa dia mendengar Nabi saw bersabda:"Siapa berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah, nescaya diharamkan Allah baginya api neraka".

488. Abu Hurairah ra berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda:"Apabila qamat telah dibacakan oleh hendak solat, maka janganlah kamu datang dengan tergesa-gesa, tetapi datanglah dengan berjalan seperti biasa dan bersikap tenang. Ikutlah solat pada rakaat mana saja yang kamu dapati. Mana yang ketinggalan, sempurnakanlah (sesudah Imam memberi salam)".

501. Berita dari Abu Hurairah ra mengatakan, bahawa Rasulullah saw pernah menyebutkan:"Pada hari jumaat, ada satu saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu, dan memohon sesuatu kepada Allah swt, nescaya dikabulkan Allah permohonannya itu. Nabi saw memberi isyarat dengan tangannya yang bererti bahawa saat itu amat singkat".

Hadis-hadis di atas dipetik daripada kitab Shahih Bukhari.

1 shuriken:

ibnmohamad said...

moga kita sentiasa diberikan kekuatan dan peluang untuk memanfaatkan penghulu segala hari sebaiknya dengan amal kepadaNya..insyaAllah..

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template