Wednesday, October 08, 2008

Jin Pun Berdakwah!

Sewaktu aku tadabbur al-Quran, aku berhenti pada satu ketika utk merenung sejenak utk berfikir dan bt comparison. Terasa begitu teruknya diriku jika nk dibandingkan dgn makhluk ciptaan Allah yg selalu digambarkan dgn rupa yg hodoh, makan asap dan pelbagai lg iaitu jin. Memang diakui jin ada jin Islam ada jin Kafir. Dlm kes ni, jin ini mungkin jin Islam disebabkan ia patuh kpd Allah. Merenung kembali Surah ke-46 dlm al-Quran iaitu Surah Al-Ahqaaf, ayat demi ayat sehingga smpi kpd ayat 29 hingga ayat ke 32, menyebabkan aku sedikit tersentak, JIN PUN BERDAKWAH!! Di sini aku sertakan terjemahan drpd Al-Quran terjemahan Darul Imaan based kpd Al-Quran Syamiil Indonesia.

29. Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan kpdmu (Muhammad) serombongan jin yg mendengarkan (bacaan) Al-Qur'an, maka ketika menghadiri (pembacaannya), mereka berkata, "Diamlah kamu! (untuk mendengarkannya)". Maka ketika telah selesai, mereka kembali kpd kaumnya (untuk) memberi peringatan.

30. Mereka berkata, "Wahai kaum kami! Sungguh, kami telah mendengarkan Kitab (Al-Qur'an) yg diturunkan setelah Musa, membenarkan (kitab2) yg datang sebelumnya, membimbing kpd kebenaran dan kpd jalan yg lurus.

31. Wahai kaum kami! Terimalah (seruan) org (Muhammad) yg menyeru kpd Allah. Dan berimanlah kpdNya, nescaya Dia akan mengampuni dosa2mu dan melepaskan kamu dr azab yg pedih.

32. Dan barangsiapa tidak menerima (seruan) org yg menyeru kpd Allah (Muhammad), maka dia tidak akan dapat melepaskan diri dr siksaan Allah di Bumi, padahal tidak ada pelindung baginya selain Allah. Mereka berada dlm kesesatan yg nyata."

Tengok! Itu jin! Bukan manusia yg tahu ia lebih baik dr jin. Aku cuba bt comparison, sikap aku bila mendengarkan Al-Qur'an dibacakan dgn sikap jin. Jin suruh diam bila dgr bacaan Al-Qur'an. Aku? Kita? Muslim? Bila dengar Al-Qur'an apa aku buat? Still bersembang dgn kwn2, tekan pause, tukar channel lain etc. Begitu ke sikap aku terhadap Al-Qur'an? Bukan ke Al-Qur'an ni manual kpd manusia utk hidup kt atas dunia ni dan utk memperoleh redhaNya, utk kejayaan di dunia dan akhirat?

Then bila dh jin mendengarkan Al-Qur'an dgn tadabbur, apa yg mereka buat? Mereka pergi berdakwah kn? Jumpa kaum dia dan seru kaumnya kpd Allah dan membenarkan Nabi Muhammad saw. Aku? Kita? Muslim? Apa kita buat bila dengar Al-Qur'an? Jumpa org utk ajak kpd Allah? Bagi peringatan kt org2 yg lalai termasuk diri sendiri? Rupa2nya kita ni xdela bagus sgt dr jin. Entah2 lagi teruk dr jin! Na'uzubillahiminzalik.

Moga2, kesungguhan jin utk berdakwah ni jd tonik kpd aku dan kita semua utk trus istiqamah di atas jalan dakwah ni. Allahuakbar wa lillahilhamd. InshaAllah.

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template