Dan sesungguhnya Tuhanmu Dia yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Dan ssungguhnya al-Qur'an ini benar-benar diurunkan oleh Tuhan Semesta Alam. (Al-Syuara':191-192)
Keunggulan uslub bahasa dan nilai hikmah yang tinggi dalam al-Qur'an adalah kriteria yang amat jelas membuktikanNya sebagai kalam suci Tuhan. Di samping itu, al-Qur'an mengandungi ciri-ciri keajaiban yang memperkukuhkannya sebagai wahyu qudus yang diturunkan oleh Tuhan. Salah satu daripadanya ialah kenyataan bahawa sejumlah besar fakta saintifik yang hanya mampu diketahui dan disingkap melalui kecanggihan teknologi abad ke-20 telah pun dinyatakan lebih 1400 tahun dahulu lebih awal di dalam al-Qur'an.
Penciptaan Langit dan Bumi
Penciptaan Langit dan Bumi
Apakah orang yang tidak beriman itu tidak melihat bahawa langit dan bumi itu dahulunya berpadu (satu unit ciptaan) lalu Kami pisahkan antara kedua-duanya. Dan kami jadikan dari air segala benda hidup. Tidakkah mereka beriman? (Al-Anbiya':30)
Kalimah 'ratq' yang diertikan sebagai disulam bermaksud dicantum bersama, bersebati menurut bahasa Arab. Penggunaan perkataan ini merujuk kepada dua unsur berbeza yang mendirikan suatu percantuman unit yang padu. Frasa kami keluarkan (We unstitched) pula adalah maksud bagi kata sifat fataqa dalam bahasa Arab yang membayangkan kehadiran sesuatu dengan memisahkan ataupun menghancurkan struktur yang bercantum padu (ratq).
Kata sifat ini boleh diibaratkan seumpama gambaran biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah. Kita akan memerhatikan ayat di atas dengan menggunakan maksud yang telah dihuraikan.
Ayat tersebut menyatakan bahawa langit dan bumi adalah suatu objek yang padu dan bercantum (ratq) pada peringkat pertama. Kemudian, kedua-duanya dipisahkan (fataqa) dengan menghadirkan sesuatu daripada sesuatu yang lain. Apa yang mengejutkan dengan mengingati saat permulaan Big Bang, kita dapat mengesan wujudnya suatu pusat atau titik tunggal yang mengandungi seluruh isi alam cakerawala. Ataupun dalam perkataan lain, segala-galanya termasuk langit dan bumi yang belum diciptakan ketika itu adalah rangkuman pusat tersebut yang berada dalam status bercantum padu (ratq). Kemudian pusat atau titik ini meletup dalam satu letupan yang besar menyebabkan seluruh materialnya terhurai dan melalui proses pembentukan struktur keseluruhan cakerawala.
Melalui perbandingan yang dilakukan ke atas pernyataan yang terkandung dalam ayat tersebut dengan beberapa penemuan saintifik, kita dapati keserasian yang sempurna di antara kedua-duanya. Lebih menarik, penemuan ini hanya berjaya disingkapkan dalam abad mutakhir ini.
Artikel ini dipetik daripada buku "Islam dan Karma" tulisan Harun Yahya ms 93-95. Diterbitkan oleh Pustaka Syuhada.

0 shuriken:
Post a Comment