Tuesday, October 07, 2008

Sangka-Sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yg relax disangka malas
Orang yg pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yg pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
mana tahu yg senyum itu krn bersedekah
mana tahu yg masam itu mengenangkan dosa
mana tahu yg menawan itu bersih hati dan mindanya
mana tahu yg ceria itu cergas cerdasnya
jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana akan memusnahkan ukhwah
spt musnahnya kayu dimakan api
satu benda yg kita lihat
mcm2 kesimpulan yg boleh kita buat
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

"Wahai orang2 yg beriman! Jauhilah byk dr prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yg menggunjing sebahagian yg lain. Apakah ada di antara kamu yg suka memakan daging saudaranya yg sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kpd Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang" Surah Al-Hujuuraat (49:12)

2 shuriken:

Abu Khalid said...

wow

Bagus2..

Sutera Maya said...

salam...
emm,,, ble bc ni...terdetik kat hati...bgs la...
reka sendiri ke?

btul la... x baik buruk sangka kat orang...
kite kena sentiasa husnuzhon kat sume...
dan lg satu jgn ckp benda x baik pasal orang sebab tak mustahil kite jg akan buat seperti ape yng kite kutuk orng tu tanpa kite sedari....
sentiasa muhasabah untuk bersifat husnozhon pada semua walaupun pada hakikatnya hanya Allah sj yang tahu...

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template