Saturday, October 11, 2008

Membetulkan Sejarah Islam

Islam disebarkan dengan pedang?? Islam ganas??!!
Dan pelbagai lagi klaim-klaim kuffar terhadap Islam yg kita cintai..
Tindakan kita?? Ada yang bangun menentang dan mempertahankan dengan penuh keberanian dan semangat pembelaan yang tinggi, ada yang berdemonstrasi di jalanan sambil membawa sepanduk-sepanduk suara hati, ada yang berdiam diri tidak mengerti dan tidak kurang yang menyokong membuta tuli. Di mana kita persoalan untuk diri sendiri. Di sini aku mengambil beberapa pandangan tokoh-tokoh barat mengenai Islam yang aku kutip daripada buku "Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden Edisi 2" karya ... Dalam fokus 5.

1. Arthur Gilman (The Saracens)

"Secara perbandingan, dalam perang Salib (Crusade) pada tahun 1099M, pihak tentera salib (crusaders) membunuh 70000 orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak secara kejam semasa menakluki Jerusalem (Baitul Maqdis). Begitu juga dengan tentera-tentera Inggeris yang berperang atas nama agama pada tahun 1874M. Mereka membakar ibu kota Afrika iaitu Gold Coast pada masa itu. Sebaliknya, kemenangan Muhammad (Rasulullah saw) dalam peperangan adalah kemenangan agama bukannya politik. Beliau menolak sanjungan dan kemegahan. Bayangkan pada saat Fathu Makkah, semasa pembesar-pembesar Quraisy berlutut di hadapannya, beliau bertanya kepada mereka,"Apakah yang kamu rasa aku akan lakukan kepadamu?" Mereka menjawab,"Kesejahteraan". Muhammad (saw) berkata,"Ya, kamu dibebaskan". Dakwaan pengkaji-pengkaji sejarah yang mengatakan Islam menggunakan pedang untuk memaksa manusia memeluk Islam adalah pandangan yang tidak berasas sama sekali".

2. De lacy O' Leary (Islam at the Crossroads)

"Sejarah jelas menunjukkan kisah berhubung dengan tentera-tentera Islam memaksa orang lain memeluk Islam di hujung pedang di daerah-daerah yang mereka takluki adalah kisah yang paling tidak masuk akal yang sering di ulang-ulang oleh pengkaji sejarah".

Berkaitan peribadi Rasulullah saw, George Bernard Shaw dalam buku Genuine Islam mengatakan,"Saya mendapati beliau memang seorang yang agung dan penyelamat bagi manusia yang sedang menderita sakit tenat".

Prof Phillip K. Hitti dalam buku History of the Arabs berkata,"Orang Islam Sepanyol mengukir sejarah intelektual yang paling gemilang pada zaman pertengahan Eropah. Antara abad ke-8 dan ke-13, golongan ini membawa obor budaya dan tamadun ke seluruh dunia. Inilah yang menjadi pemangkin kepada arus kemodenan di Eropah".

Begitulah pendapat serta pandangan tokoh-tokoh terkemuka Barat mengenai Islam. Begitu banyak tuduhan-tuduhan kotor kepada Islam yang dilancarkan oleh para pengkaji orientalis. Dan berapa ramai di antara kita yang dah terperdaya dengan dakyah mereka. Di dalam Al-Qur'an, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali (lan nafi abada) redha kepada kita sehinggalah kita mengikuti millah (ajaran) mereka (2:120). Mereka telah berusaha sekian lama dengan perancangan yang sangat teliti. Lihatlah sekarang kepada anak-anak muda kita. Tidak terkecuali yang sudah berusia. Begitu juga si kecil ceria. Terperangkap ke dalam berbagai perangkap dunia yang dipasang musuh durhaka. Penolong syaitan dan konco-konconya. Dan kita sebagai penyeru di jalanNya memegang tanggungjawab menyelamatkan manusia! Allahuakbar!

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template