Ketika merujuk mengenai bulan dan matahari, al-Qur'an menekankan bahawa masing-masing mempunyai laluan orbit yang khusus. Firman Allah yang bermaksud,
"Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya)." (QS: Al-Anbiya:33)
Sepotong ayat lain turut menerangkan bahawa sebenarnya matahari bukanlah objek yang statik sebaliknya bergerak dalam orbit yang tersendiri.
"Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui" (QS: Yasin:38)
Fakta yang dikemukakan dalam al-Qur'an ini telah berjaya ditemui melalui kerja pemerhatian yang dijalankan dalam bidang astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan para pakar astronomi, matahari bergerak dengan kelajuan 720 000 kmh mengarah ke bintang Vecia pada sebuah orbit khusus dalam sistem suria apex. Secara anggaran, ini bererti matahari bergerak sejauh 17 280 000 km sehari! Bersama-sama dengan matahari, setiap planet dan satelit yang terletak dalam lingkungan sistem graviti matahari juga turut bergerak pada jarak dan kelajuan yang sama. Selain itu, seluruh bintang-bintang yang terdapat di cakerawala berada dalam sebuah pergerakan teratur dan serupa.
Kenyataan bahawa alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah termaktub di dalam al-Qur'an sebagai berikut dengan maksudnya,
"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan." (QS: Adz-Dzariyaat:7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi di alam semesta. Setiap satunya mengandungi 200 bilion bintang. Kebanyakan bintang ini mempunyai sejumlah planet dan kebanyakan planet-planet ini mempunyai satelit. Semua objek angkasa ini bergerak mengikut orbit yang telah ditentukan. Selama berjuta-juta tahun (bahkan berbilion tahun), semua objek ini bergerak pada orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama dengan objek lain. Di samping itu, kebanyakan komet juga bergerak di sepanjang orbit yang telah ditentukan untuknya.
Jalinan antara orbit-orbit di ruang cakerawala tidak terhad hanya kepada objek angkasa yang telah disebutkan tadi. Hakikatnya, galaksi-galaksi sendiri bergerak pada kelajuan ekstrem dalam susunan orbit yang telah ditentukan. Sepanjang pergerakan yang bersimpang siur ini, tidak terdapat walau sebuah objek pun yang menceroboh atau bertembung dengan orbit lain. *Galaksi IC 1182 merupakan galaksi kembar yang terhasil selepas pertembungan antara dua galaksi tetapi ini bukanlah hujah untuk mengatakan terdapat ketidakseimbangan dalam penciptaan alam sebaliknya ini merupakan antara proses dlm pembentukan galaksi baru yang lebih stabil. Wallahua'lam.
Suatu hal yang pasti, ketika al-Qur'an diwahyukan, manusia tidak mempunyai sebarang satelit, teleskop atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer jauh ke ruang angkasa dan juga tidak memiliki pengetahuan fizik atau astronomi moden seperti yang ada hari ini. Berdasarkan situasi ini, adalah amat mustahil untuk memastikan secara saintifik bahawa ruang langit dipenuhi dengan lintasan dan orbit seperti yang dinyatakan dalam al-Qur'an. Bagaimanapun, al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu telah menyatakan dengan jelas fenomena tersebut. Ini adalah kerana al-Qur'an adalah kalam Tuhan yang Haq. Wallahua'lam.
p/s tanda * menunjukkan penambahan oleh aku..hehe
0 shuriken:
Post a Comment