Monday, October 06, 2008

Hidup Dalam Sebulan

Assalamualaikum wbt

Intro

Pertama sekali, nk ubah, ana prefer gn "aku" rather than gn ana sbb tujuan asal aku tulis blog ni adalah utk aku sendiri. aku dh tulis kt "a little things about myself". dh lama carik ms nk tulis tp byk keja lain kn bt. so pending and pending and pending again and again and so on and so forth.

Ramadhan al-Mubarak

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan Al-Mubarak al-Karim. Allah SWT masih mengurniakan kpd aku nikmat utk berjumpa semula dgn kau setelah setahun kita berpisah. Alhamdulillah. Bila dtg ramadhan, suma org x kire islamic-based ke atau civilians, menanam azam utk yas'a, bersegera melakukan reformasi dan transformasi diri. nak khatamkan al-Quran at least sekali spjg ramadhan, solat terawih+witir penuh, solat berjemaah 5 waktu di surau atau masjid, bersedeqah, berinfaq, buka puasa di masjid (sbb free..hehe..), study overtime (smbg trus dgn qiamullail), dan sbgnya. dan aku pun sama. ramadhan spt mangkin yg menyuntik energy tmbhn melonjakkan iman yg lesu. dan ramadhan pun dilalui dgn penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah.
"Drpd Abu Hurairah r.a, bhw Rasulullah saw bersabda, Barangsiapa yg berpuasa di bulan ramadhan dgn penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah semata2, maka akan diampunkan dosa2nya yg telah lalu" HR Bukhari dan Muslim

Moga segala amal ibadah kita pd ramadhan yg lalu diterima oleh Allah - taqabbalallahu minna wa minkum - dan kita diberi kekuatan oleh Allah SWT utk istiqamah dgn amal2 kita sehingga kita menemuiNya. InshaAllah.

Terawih dan Solat 5 waktu

Bulan ramadhan ni ada satu keganjilan dlm masyarakat malaysia yg lebih misteri dr misteri segi tiga bermuda atau misteri UFO. ramai org berpusu2 ke surau dan masjid pd bulan ni. tp awalnya rmai, lps seminggu dh lengang balik. tp bila time terawih je rmai smpi ada yg merungut "knp la bt masjid ni kecik sgt". lawak tul la. ada yg solat isyak di bilik tp dtg ke surau/masjid utk solat SUNAT terawih! Apepn aku x slahkan sesape, sbb solat dh jd adat bukan lg ibadat. Slah sape? slah aku gk sbb x memberi peringatan dan x menjelaskan kpd mereka kesalahan2 mereka. slah sebahagian dai' yg hanya melihat masyrakat sbg defendent/pesalah. sedangkan masyrakat tidak diberi penjelasan. smg Allah memberi hidayah kpd kita agar dpt memahami Islam secara yg sepatutnya. smg dpt memahami fiqh keutamaan dlm setiap langkah dan gerakan. dpt memahami fiqh da'wah dlm saff pembinaan.

Cepatnya atau Lamanya?

Bg mereka yg mengisi ramadhan dgn amal ibadah yg ikhlas dan jauh dr riya' akan merasakan cepatnya berlalu masa di bulan ramadhan. Pejam celik pejam celik dh nk syawal. tetibe je khutbah jumaat psl raya. rs cm minggu lps je khutbah psl kedatangan ramadhan. tp ada gk yg rasa lama. sbbnya? wallahua'lam. mungkin x sbar nk blk beraya kot. cepat atau lama, sehingga tulisan ni ditulis, ramadhan dh berlalu meninggalkan kita. adakah kita sempat bersua dgnnya pd tahun dpn? smg Allah memberi kita peluang tu. inshaAllah.

Balik Raya dan Tiket Bas

Aku hampir x balik raya kali ni. mmg cuti sembreak aritu aku dh bgtau kt mak xmau balik raya. tp disbbkan kak aku paksa, maka aku pun balik dgn syarat dia support tiket gi balik.huhu.jahat gk aku ni. oleh sbb x plan nk balik, aku pn bt lokleh je psl tiket. then bila dh "disuruh" balik, brula aku gi sri putri cari tiket. dlm otak aku, tiket dh xdk. tp disbbkan nk balik gk, aku naik bas lompat2. routenya JB (Sri Putri) --> KL (Bukit Jalil) --> KL (Puduraya) --> Parit Buntar --> Taiping --> Rumah (kg air kuning). 5 bijik bas. Bertolak dr JB kul 4 ptg ari isnin 29hb, smpi umh ari slasa 30hb kul 100 ptg. Smpi umh terus tlg family bakar lemang, bt rendang etc. Paling best dpt main dgn anak2 sedara. Alhamdulillah, wlupun penat tp best. Bila bermusafir ni byk pengalaman bru dipelajari.

Hari Raya Eidul Fitri

Cm besa, pg2 lg dh bersiap utk gi solat raya kt masjid berdekatn dgn umh. Lps tu balik umh rehat je. ptg bru gi menziarahi jiran2. malam plak ikut family gi ziarah umh sedara mara terdekat. rumah kwn2 mmg x sempat. Alhamdulillah, raya pertama mmg ujian makan je. Igt gk pesan Ust Ismail Mustari tp bila dh org jemput suh mkn susah gk nk tolak. tp okla, xdela byk sgt. Alhamdulillah, bulan puasa ni aku dh turun 5 kg.

Puasa Syawal (Puasa 6)

Raya kedua aku dh start puasa dh. Wlupun dugaan mknn, aku kuatkan diri gk. Alhamdulillah berjaya. tp utk hari seterusnya, aku dh x larat dh. So, aku plan puasa selang hari. Mudah sket. yg penting ikhlas wa shawab.

PSM dan Hari Raya

PSM atau nama lainnya Projek Sepanjang Masa membuatkan raya kali ni aku berada dlm tekanan. notebook kecik dgn berat 1.2 kg ni rs cm 12 kg je. aku gunakan time raya ni utk baca journal2 berkaitan projek. Alhamdulillah, structure idea utk tulis 1st 3 chapter dh ada cuma bila nk tulis tu wallahua'lam. moga diberi kekuatan oleh Allah di ms2 kritikal cm ni.

Balik UTM dan tiket lg..

oleh sbb cuti raya kali ni sekejap je, maka hujung minggu ni dh kn balik. nk pulak final draft utk 3 chapter kn hntr minggu lps raya. klu x hntr, xleh present then kn extend la gamaknya. Na'uzubillah. Skali lg, tiket balik x beli lg. aku kn balik gk ke UTM hr sabtu. tp hari sabtu t baru nk cr tiket. alhamdulillah, aku akan bermusafir lg. kali ni routenya Tpg --> Kuala Kangsar --> KL (Puduraya) --> KL (Bukit Jalil) --> Sri putri --> UTM. Bertolak dr rumah kul 4 ptg 4 hb smpi utm kul 5 pg 5hb. alhamdulillah krn memudahkan perjalanan ni. Smg Allah menerima perjalanan ini sbg jihad fi sabilillah krn rasulullah saw bersabda "org yg dlm perjalanan menuntut ilmu juga jihad fi sabilillah".

Buku Baru Syawal

Alhamdulillah pd ketika ini Allah masih mengurniakan kpd aku dan korang suma nikmat hidup dan kehidupan dlm Islam dan Iman. Smg syawal ini menjadikan kita org yg lebih baik setelah mendapat tarbiyah yg jitu pd ramadhan yg lalu. di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, eid mubarak, kpd ikhwah2, akhwat2, kwn2, blogger2, suma. Maaf zahir dan batin. wabillahi taufiq wal hidayah. assalamualaikum wbt.

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template