About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Sunday, November 20, 2011
Kerana islam...
shinobi ibnu yazid on 22:51 0 shuriken
jutsu dari pena penulis...
Thursday, October 20, 2011
Update blog
Kalaulah tak kerana aku masih rasional untuk membezakan antara dakwah dan pendakwah, dah lama aku tinggalkan dakwah.
Itu dulu, masa aku belum 'rasa' aku adalah seorang pendakwah.
Tapi sekarang aku sedar sikap pendakwah terhadap manusia yang akan menentukan penerimaan mereka terhadap dakwah.
Begitu jugak islam. Dalam keadaan sekarang, aku tak rasa non-muslim yang masuk islam kerana tertarik kepada orang islam itu ikhlas nak masuk islam. Unless dia jumpa orang islam yang betul-betul islam. Dan aku rasa possibility untuk benda tu terjadi sangat kecil. Almost infinitesimal.
Aku expect semakin lama aku dalam dakwah, semakin 'pure' orang yang aku jumpa dan aku sendiri pun sama. At least tak bagi alasan bodoh kalau tak dapat datang ke usrah. Tak sihat, penat, ada test etc. Even worst, tak bagi alasan apa-apa.
Aku rasa aku jumpa orang yang salah. Dan aku tak tahu bila aku akan jumpa orang yang betul kalau aku masih bawa expectation yang sama. Apakah aku kena downgrade expectation aku? Sebab aku rasa semua orang mempunyai expectation yang sama. Sekali lagi, 'aku rasa'.
Tak payahla cakap soal sudah atau belum diuji kalau kualiti yang sudah diuji tu hanya diukur dengan kesanggupan datang usrah dan bagi harta untuk running program dakwah. Bill Gates pun buat benda yang sama.
Boleh je kalau aku nak jadi pasif dengan sekadar datang usrah. Berat gila kot nak komited datang usrah bila dah kerja ni - alasan biasa - merupakan alasan yang syar'i dan acceptable kepada ramai murabbi KITA. Thanks sebab baca!
shinobi ibnu yazid on 10:58 3 shuriken
jutsu dari hati..., dari pena penulis..., Self-Introspection, suka hati aku nk tulis apapn
Monday, October 17, 2011
"Ukhuwwah"
Saja nak update blog ni.
Dah lama dah tak update.
Takdak habuk sebab ni digital.
Tadi aku belek-belek buku nota usrah sorang ikhwah ni.
Honestly, tulisan dia agak buruk.
Dia cakap kat aku:
"Tulisan ana buruk kan?"
Aku jawab:
"Owh, tak perlu bagitau."
Maksud aku, tulisan tu sniri dah bagitau.
Kemudian aku belek-belek lagi.
Ada beberapa lukisan yang agak cantik.
Siap lukis buah epal dengan beberapa teknik melukis.
Ada dot, gosokan, jalur, real etc
Aku cakap kat ikhwah tu:
"Enta ni memang berbakat la."
Dia jawab:
"Eh, enta jangan tertipu. Tu bukan ana lukis."
Aku pelik:
"Sape cakap enta lukis?"
Hehehe.
Tu je nak cerita.
Saja nak ber'ukhuwwah'.
Bukan selalu dapat jumpa ikhwah tu.
shinobi ibnu yazid on 01:43 0 shuriken
Monday, September 12, 2011
Bulan Transformasi
bismillah...
dah 2 bulan tak update blog ni. tapi selalu bukak untuk baca post2 lama. banyak jugak benda nak share tapi selalu terjadi 2 kemungkinan.
1) bila free, rasa susah nak translate ideas into post.
2) bila ada idea, takde masa plak nak tulis.
just nak bagi tazkirah sket terutama kepada diri sendiri. alhamdulillah sekarang kita dah berada di pertengahan syawal. camne agaknya keadaan iman kita sekarang? andaikata soalan ni ditanya semasa pertengahan ramadhan aritu, mesti jawapan kita lebih kurang,
"alhamdulillah, iman sihat, badan pun sihat."
atau jawapan kita,
"alhamdulillah, iman sihat. cuma semalam terlambat sket bangun qiamullail. biasa bangun pukul 4 tapi semalam bangun pukul 430."
hebat tak kita masa ramadhan aritu? pergghh qowiy giler enta/enti!!
syawal memang betul2 bulan transformasi. even hari pertama syawal pun ada di antara kita yang dah transform. berapa ramai 1 syawal dia sama macam 1 ramadhan dia dari segi amal? tilawah al-Quran, solat berjemaah, zikir etc. kalau bertambah tu memang ajaib la. kalau dapat maintain pun aku dah tabik spring 100x. tapi most of us mesti down kan? takpe, kita jujur dengan diri kita sendiri jela eh.
persoalan vital kat sini ialah kenapa boleh jadi camtu? ada seorang ikhwah bagitahu kat aku, ada seorang syeikh bagitau dalam satu ceramah, tanda ramadhan kita diterima ialah kita tetap beramal dengan amalan yang sama selepas ramadhan.
kalau camtu la gyrometer yang digunakan untuk mengukur kejayaan ramadhan, confirm aku dah fail. tapi bagi aku, andaikata kita dapat mengekalkan momentum iman tu sendiri dah kira berjaya peperiksaan kita semasa ramadhan. sebagaimana yang dikata orang, ramadhan ialah bulan tarbiyah iaitu bulan preparation untuk perang 11 bulan mendatang.
masa ramadhan, syaitan kena ikat. kita hanya perlu lawan nafsu dalam diri. tambahan pulak kita berpuasa, so secara teorinya nafsu mudah dikalahkan. berlainan dengan bulan2 selepas ramadhan. syaitan berkeliaran mencari mangsa. nafsu yang sejak sebulan dikekang kehendaknya pasti semakin kuat menggoda. that's why ramai yang kalah on the very first day of syawal.
rasulullah saw ajar sunnah makan SEDIKIT sebelum solat aidil fitri, kita MELANTAK 2 pinggan lemang dan ketupat!
harini dah 14 syawal, bagaimana iman kita agaknya? apakah masih sihat sepertimana ketika ramadhan? kalau maintain, alhamdulillah. kalau turun, jomla kita top up dengan melaksanakan puasa 6 syawal yang ganjarannya ialah seperti puasa sepanjang tahun. Yuk!
shinobi ibnu yazid on 11:27 0 shuriken
jutsu Self-Introspection, suka hati aku nk tulis apapn, Tazkirah
Sunday, August 07, 2011
Perbezaan kita dan sahabat Rasulullah saw
bismillah...
Hari ni follow program Ini Sejarah Kita (ISK) kat UiTM Puncak Alam. Rasanya dah lama tak refresh ISK. Tapi bila dengar pengisian yang disampaikan oleh beberapa ikhwah tadi rasa diri ni dah lama tak buat kerja dakwah. Rasa betapa lemahnya iman ni. Rasa banyak sangat masa terbuang sia-sia. Rasa dah betray janji-janji kepada diri sendiri semasa first dapat ISK dulu.
Janji nak meninggalkan jahiliyyah. Janji nak memperbaiki diri menjadi soleh dan musleh. Janji nak melaksanakan dakwah dengan bersungguh-sungguh. Janji nak melaksanakan tugas hamba dan khalifah Allah dengan sebaik-baiknya.
Antara perkara yang direfresh ialah:
Camne iman para sahabat power sangat sampai sanggup mati demi mempertahankan islam? Sahabat Rasulullah saw, bila dah masuk islam terus tinggal jahiliyyah, terus benci jahiliyyah. Rasulullah saw yang maksum pun still solat malam sampai bengkak kaki baginda. In fact, ketika terima wahyu kedua, Rasulullah saw cakap, "Telah berlalu masa tidurku".
Diakui, ramai orang sanggup mati. Tapi untuk perkara sia-sia. Ramai yang tersentuh, terkesan dengan tarbiyyah. Tapi sangat sukar mengikis karat-karat jahiliyyah. Ramai yang boleh stay up tak tidur malam. Untuk solat malam dan munajat kepada Allah kah?
Masa sesi discussion aku tergerak nak share something yang aku pernah baca. Ulasan daripada buku Ma'alim fi Al-Thoriq karya Syed Qutb. Dalam bab pertama, Jil al-Quran al-Farid atau Generasi Al-Quran yang Unik, beliau mengatakan generasi para sahabat adalah unik kerana beberapa sebab.
Pertama, kerana mereka tidak mengambil SUMBER rujukan lain selain daripada al-Quran. Wahyu turun directly through Rasulullah saw atas setiap permasalahan mereka. Dan apa-apahal terus direct kepada Rasulullah saw. Kedua, mereka sentiasa bersedia TUNGGU wahyu Allah ibarat perajurit yang siap-siaga meLAKSANAKAN command daripada panglima perang.
Tentu jauh sekali berbeza dengan kita.
Pernah suatu ketika Rasulullah saw membaca keseluruhan surah Al-Baqarah, 'Ali-Imran, An-Nisa' dan Al-Maidah di dalam satu rakaat solat malam. Secara tartil!
Memang kita tak layak terima ujian yang berat dengan amal-amal kita yang ciput ni. Itu belumpun diukur KUALITI ibadah kita lagi. Camne kita nak masuk syurga firdaus Allah, duduk bersama nabi dan syuhada'?
Iman sebelum dakwah.
Diri sendiri sebelum orang lain.
shinobi ibnu yazid on 01:02 0 shuriken
jutsu Self-Introspection
Sunday, July 24, 2011
(a big) THANK YOU
bismillah...
Nah, dengar lagu ni dulu..hehe
Alhamdulillah. Actually penat giler sebab baru balik dari mukhayyam tapi still nak update blog jugak memandangkan taktau la lepas ni bila pulak nak dapat update. Sebelum tu, apa itu mukhayyam? Yang aku tau mukhayyam tu perkataan arabic, taktau maknanya secara tepat tapi maksudnya lebih kurang ialah perkhemahan. Apapun, mukhayyam lebih menekankan integrasi aspek jasmani dan ruhiyah. Ke arah membentuk seorang individu muslim yang qowiy berlandaskan prinsip "Seperti singa di siang hari dan rahib di malam hari".
Antara pengalaman aku bermukhayyam yang sangat memberi kesan ialah ketika habis matrikulasi. Ingat lagi ketika qiamullail pada malam tu, imam membaca surah Ali-Imran sehingga menangis teresak-esak. Ramai ikhwah-ikhwah yang lain turut menangis. Aku masih baru dalam kafilah dakwah pada masa tu dan masih tidak faham kalimah-kalimah yang dibaca tapi terasa sayu dan sebak mendengar setiap untaian kalimah-kalimah yang dibaca. Bacaan yang sangat panjang sehingga imam tidak mampu lagi meneruskan bacaannya dan terus rukuk. Pada siang hari pula kami di'train' ibarat seorang askar. Perlu jaga disiplin masa, etika, kekemasan dan kebersihan dll. Bagi aku, orang yang design mukhayyam tu sangat genius sebab bukan senang nak buat modul yang menatijahkan kekuatan iman dan ukhuwah sekaligus. Itu yang aku rasakan.
Minggu ni aku agak kelam-kabut sket. Nak pindah barang-barang dari Perlis ke Perak. Kemudian liqo' hari rabu haritu baru 'add-hoc'ly decide nak buat mukhayyam ni. Sebab sangat susah nak cari "common time" supaya semua orang boleh join sekali, kami decide buat je sape yang ada. Ni pun atas suggestion ikhwah-ikhwah masa pergi daurah haritu. Bagi aku (personally), buat kerja last minute ni biasa. Hehe
Kemudian hari khamis aku balik Perak bawa barang-barang semua then rehat-rehat kat kampung sampai sabtu petang. Sampai sabtu malam, tolong Rais pindah rumah then terus mabit (tido) kat rumah lama dia (terus start mukhayyam). Oh, sebelum apa-apa, jazakallah khairan kasira Rais sebab belanja kami makan kat Kuala Perlis. Sedap giler ikan siakap. Lepas ma'surat dan sedikit "tido-selepas-subuh", program utama mukhayyam kami pun bermula.
Kami akan berjalan kaki dari Bintong ke Bukit Ayer. Oleh sebab tak sempat recce/survey jalan, kami akan redah je. Tapi takpe sebab ikut jalanraya, banyak la signboard jadi panduan. Anggaran perjalanan adalah sejauh 15 kilometer dan mungkin mengambil masa 4 jam. Tugasan yang diberi untuk dibuat sepanjang perjalanan ialah hafal surah Ath-Thoriq dan zikir Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar sebanyak 100 kali. Simple je. Hafalan pula dibuat by group tiga-tiga. Kami mula gerak pukul 830 pagi.
Sepanjang perjalanan, kami menikmati keindahan alam di negeri Perlis. Sawah padi yang menghijau, bukit-bukau, hutan sepanjang jalanraya sedikit sebanyak memberi peluang kepada kami berinteraksi dan 'bergerak' bersama alam, memuji kebesaran dan keagungan Pencipta. Fikiran terasa tenang memikirkan betapa ramainya "muslim" yang bersama-sama kita menghambakan diri kepada Pencipta Yang Esa. Kita tak sedikit!
Ada di antara kami yang cedera, melecet kaki kerana terlalu lama berjalan. Namun tetap terus berjalan menahan kesakitan. Kepada ikhwah yang cedera, semoga kesakitan tu menjadi saksi kepada antum di akhirat kelak bahawa ia cedera di jalan Allah.
Kami sampai di Bukit Ayer pada pukul 1215. Memang penat giler tapi puas. Terasa kaki macam tak pijak tanah, kebas. Tapi itu maknanya kami belum cukup fit. Rasulullah saw berhijrah dari Mekah ke Madinah sejauh 600km (kalau salah tolong betulkan ye) berjalan kaki. Banyak tentera islam pergi berperang jauh ke pelusuk dunia dengan berjalan kaki. Dan mereka menang! Ni baru 15km dah pancit. Ceroi la.
Alhamdulillah feedback daripada ikhwah-ikhwah yang join (mostly first time join mukhayyam camni) sangat baik. Jadi harap ikhwah Perlis dapat buat mukhayyam yang lebih best dan adventure nanti, insyaAllah. Mungkin ikhwah Banting boleh join? Haha.
Ni hari-hari terakhir aku di Perlis. Semoga dapat datang lagi ke Perlis nanti. Semoga dakwah dan tarbiyyah di Perlis makin power lagi. Aku akhiri entry kali ni dengan doa rabitah. Aku sayang kepada semua ikhwan-ikhwan Perlis yang sangat supportive dan caring. Jazakumullah khairan kasira. Semoga Allah terus memelihara ukhuwah imaniyah yang telah terjalin di antara kita. Semoga bertemu lagi.
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami...
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan makrifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah Pelindung dan Pembela
Ya Allah perkenankanlah permintaan kami...
shinobi ibnu yazid on 17:07 0 shuriken
jutsu pengalaman hidup
Thursday, July 21, 2011
Summer Transfer
Bismillah...
Tajuk nak best. Bajet macam pemain bola pindah kelab. Hehe.
Barang-barang pun banyak yang dah packing. Tinggal PC ni je belum masuk kotak lagi. Banyak giler barang. 7-8 kotak.
Nak pergi mana?
Nak pindah. Nak bawak balik barang-barang ke Taiping. Lepas tu nak pergi Selangor.
Hidup nomad
Walaupun dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku sekolah harian tapi aku bukanlah jenis manja duduk rumah je atau nerd duduk study je kat rumah. Dulu takde internet. Masa kat KMPk pun aku jarang balik rumah. Kat Skudai pun sama. Masa tahun tiga, aku balik sekali je, tu pun raya puasa. Cuma kat Perlis ni aku agak rajin balik terutama masa ayah aku sakit hari tu.
Matlamat jangka pendek (Apa kaitan?)
Nak pergi Sabah, satu-satunya negeri yang belum dijejaki. Nak mendaki Kinabalu. Ceh, nak panjat Gua Sami pun semput. Hehe
Perlis
First sampai ke Perlis, musim panas. Tekak jadi kering, suara jadi serak. Zuki cakap ambik masa nak adapt. Lepas tu ok. Sepanjang kat Perlis, dua kali pengalaman banjir. Kali pertama air masuk jugak dalam rumah. Lagi satu Perlis ni kecik je, rasanya semua tempat kat Perlis ni aku dah pergi. Bolehla nak jadi tourist guide tu. Hehe
Master
Actually dah dapat offer buat master kat USM Penang. Satu lagi offer UiTM.
Dakwah di Perlis
Sangat best dan semua orang sangat supportive kat sini. Aku pasti merindui Perlis lepas ni. Even sekarang pun rasa berat nak tinggal. Banyak lagi tanggungjawab belum tertunai. Apapun, aku just nak bagitau ladang dakwah di Perlis ni lagi luas dari ladang tebu kat Chuping tu. Banyak jiwa-jiwa yang perlukan sentuhan tarbiyyah dari tangan-tangan murabbi yang ikhlas. Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali ke Perlis, insyaAllah.
Tempat baru
Lingkungan pelajar tak sama dengan lingkungan masyarakat umum. Terjun ke dalam masyarakat perlukan kekuatan lain. Berdepan dengan medan realiti setelah lama berlatih di medan pelajar dengan jatuh bangun keimanan. Kekuatan itu bukan semata-mata kekuatan individu tetapi kekuatan berjemaah. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Azam, tawakal dan bekerjalah kamu!
Acknowledgement
Senang kira, jazakumullah khairan kasira kepada semua ikhwah, akhwat, pakcik, makcik, kawan-kawan dan semua sekali lah yang telah banyak membantu ana sepanjang berada kat Perlis ni. Owh, ni bukan perkara 'pelik' orang nak mati buat seperti yang selalu keluar dalam Metro. Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, jika diberi umur yang panjang, insyaAllah kita akan bertemu lagi. :)
Ni alamat baru aku (tipu~)
Wassalaam... Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi ibnu yazid on 07:26 0 shuriken
Wednesday, July 20, 2011
Pengalaman memBERSIH di KL
Bismillah...
BERSIH 2.0 merupakan first time experience untuk aku. First time berdemo. So boleh katakan aku kurang aware dan prepare. Tak perlu aku nyatakan kat sini kenapa aku join demo ni. Just nak menulis pengalaman yang sebenarnya tak la menarik sangat pun. Huhu.
Aku bukan nak jadi hero
Mungkin orang ingat aku nak jadi hero dengan turun berdemo padahal kerajaan dah larang awal-awal. Bukan macam tu. Aku serahkan pada korang la nak menilai camne. Malas aku nak explain.
Perjalanan yang jauh
Aku bergerak dari Perlis, northest part of Malaysia bersama tiga orang lagi kawan. Naik kereta. Bukan dekat. Keluarkan belanja sendiri. Kami bukan dibayar sama ada oleh penganjur BERSIH atau PR. Apatah lagi dibayar oleh BN. Jem. Perjalanan ini dipandu oleh intention untuk melihat Malaysia yang lebih baik pada masa depan. Apakah sekarang belum cukup baik? Terpulang kepada cara kita menilai dan memberi makna kepada perkataan 'baik' itu sendiri. Bagi aku, Malaysian deserves better Malaysia. That's all.
Banyak halangan
Mula perjalanan pun dah pelbagai halangan yang kami tempuhi. Sepanjang perjalanan dari Perlis ke Penang saja dah bertembung dengan empat sekatan polis. Peliknya, tidak ada roadblock selepas Penang sehingga kami sampai di Ampang pada malam tu. Alhamdulillah. Cuma pada pagi sabtu sebelum kami bergerak untuk menaiki tren di stesen Jelatek ada satu roadblock. Maka kami terpaksa menyelinap ke taman berdekatan dan mengambil jalan ke stesen LRT Wangsa Maju. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Dapat parking lot dekat stesen. Kami mengambil tren Wangsa Maju ke Imbi kerana mendapat tahu stesen LRT Hang Tuah ditutup. Mujur ada Bro S yang sentiasa mendapat update daripada iPhone beliau. Hehe.
Polis di mana-mana
KL memang agak pelik pada hari tu. Seolah-olah ada penjenayah besar terlepas dari penjara. Turun je kat stesen Imbi dah nampak polis. Update mengatakan polis mengepung orang ramai di stesen KL Sentral dengan menutup semua pintu-pintu masuk/keluar. Dahsyat. Jalan KL lengang hari tu. Kami berjalan kaki menghala ke Puduraya. Aku lihat ada dua orang wartawan mat saleh dengan kamera besar dan mikrofon berjalan laju di hadapan kami. Ada kereta polis sedang meronda.
Merancang strategi
Khuatir disedari pergerakan kami diperhatikan, kami berpecah dua-dua. Bila nampak je polis berpakaian seragam, kami cepat-cepat mengelak dan cuba mencari jalan lain. Tapi kami bukan orang KL, redah-redah tembus jalan yang sama. Hehe. So kami redah je buat tak tahu. Nampak jugak beberapa orang berpakaian free-man dengan walkie-talkienya, berjalan berkumpulan. Kami mengelak daripada bertembung dengan diorang kerana suspect mereka ni ialah SB. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Walaupun penat kami sampai jugak di Puduraya. Melihat orang ramai sedang berkumpul di hadapan menara Maybank, terus lenyap rasa penat berjalan jauh. Kami terus menyertai mereka. Walaupun polis berada di sekeliling kami, namun mereka hanya melihat saja. FRU juga telah menyekat jalan menghala ke Stadium Merdeka.
Lautan manusia
Di hadapan menara Maybank, ada seseorang sedang berucap. Aku tak kenal. Semua orang melaungkan slogan BERSIH! BERSIH! Aku follow je. Menariknya, perhimpunan ni disertai oleh pelbagai bangsa. Aku jumpa ramai orang cina. Kaum cina sering dilabel sebagai opportunist. Sebab tu diorang jarang nak sertai perhimpunan bersama kaum Melayu. BERSIH 1.0 pun banyak dipelopori oleh kaum Melayu. Walaupun aku tak pergi tapi itulah yang diceritakan oleh orang ramai. Namun kali ni berbeza. Obviously, perhimpunan kali ni dipelopori diorang. Kaum india pun ada tapi aku jumpa sikit je. Mungkin kat tempat lain ramai.
Update twitter dan fb
Adush, aku terlupa nak charge bateri hp bagi penuh. Tengah syok ambil gambar dan video, baru perasan bateri dah nak habis. So terpaksa la save bateri untuk update perkembangan terkini ke twitter dan fb. Actually aku pakai hp cap ayam je tapi aku guna application gladlycast yang membolehkan aku update status twitter dengan sms je. So daripada status twitter tu aku link-kan ke fb dgn hashtag. Uish, teknikalnya! Haha.
Sori x3
Ada beberapa orang ikhwah cuba sms dan call aku semasa perhimpunan tu tapi aku tak sempat reply sebab keadaan agak kelam-kabut. Aku just suruh diorang tengok update kat fb aku je. Lagipun aku kena save bateri, in case terpisah daripada kawan-kawan, aku boleh contact diorang lagi.
Jumpa kawan-kawan
Fortunately, aku jumpa kawan-kawan lama masa study kat utm dulu. Sahabat-sahabat dari PMI. Ada yang dah kerja dan ada yang sambung master. Jumpa jugak ikhwah-ikhwah KL dan rakan-rakan dari Perlis. Apapun, semasa perhimpunan tu kami semua adalah kawan, walaupun tak pernah kenal, berlainan agama dan bangsa. Itu yang menjadikan perhimpunan ini benar-benar 1Malaysia.
Tear gas
Sebelum ni aku dah mention bahawa aku tak cukup prepare untuk perhimpunan kali ni. Aku kurang pasti bagaimana rasa kena tear gas? Pedih mata sajakah? Camne garam boleh neutralize efek tear gas tu? Aku tak tahu. Sebab tu aku tinggal garam dalam kereta sebelum naik tren sebab takut kena tahan dengan polis. Then, kesan tak bawak garam tu rasa bila aku kena tear gas je.
Kali pertama, aku kena tear gas yang dibawa angin dari jauh je. Tiba-tiba je mata rasa pedih sangat-sangat. Aku cuba pejam mata tapi still pedih. Aku ditegur oleh seorang pemuda dan dia offer garam. Aku ambil dan makan sikit. Then rasa pedih semakin kurang. Polis dan FRU push supaya kami berundur. Selepas beberapa ketika, aku ternampak satu group maju ke depan, so aku follow dari belakang bersama ribuan yang lain. Aku ditegur oleh dua orang ikhwah dan dia tarik tangan aku. Kami maju ke depan bersama. Kemudian aku terdengar bunyi dentuman senapang tear gas.
Satu canister menghala ke arah aku, aku cuba mengelak namun datang satu lagi canister. Aku berlari ke belakang dan canister itu jatuh betul-betul di hadapan aku. Aku meredah asap yang berkepul-kepul tu dan ketika itu barulah aku tahu betapa sakitnya efek tear gas tu. Kulit muka terasa seperti melecur, mata pedih giler dan yang paling teruk ialah sesak nafas. Aku hampir pitam tapi kuatkan diri untuk terus berlari keluar dari kepulan asap. Habis sebotol air mineral aku tuang ke muka namun kepedihan tetap terasa. Hujan yang turun mengurangkan kesan tear gas. Aku lihat orang ramai bertempiaran lari. Ada yang menceduk air lopak untuk membasuh muka. Terpaksa. Yang menariknya, semua orang cuba menolong sesiapa saja tak kira bangsa dan agama. Situasi yang jarang dapat dilihat di negara 1Malaysia ni.
Kali ketiga kena tear gas, aku lari masuk ke kawasan Hospital Tung Shin. Dalam keadaan terhuyung-hayang, aku kerah sisa kudrat berlari naik ke tempat parking. Then aku terduduk. Habis tenaga. Mesti ada yang cakap, "Yang hangpa pergi demo tu buat apa? Cari penyakit..." Aku tak mahu berkompromi dengan statement selfish macam tu. Biaq pi la nak cakap apapun...
Water cannon
Aku tak kena benda alah ni sebab aku tak berani pergi dekat. Takut kena tangkap. Huhu. Ceh, dok kat belakang pun ada je yang kena tangkap. Tapi orang cakap ni air kimia, kalau kena efek gatal dan pedih. Ish, kejam betul la. Orang berhimpun secara aman kot.
Solat
Kami sampai Puduraya tu dah dekat pukul satu. Masa FRU buat riot tu, waktu zohor dah masuk. Ada yang ambil kesempatan untuk solat kat tepi jalan je. Masa aku nak lari ke hospital tu aku sempat tengok sebiji canister jatuh betul-betul sebelah seorang yang sedang solat. Ada seorang kawannya yang cuba kawal agar orang ramai yang bertempiaran lari tak langgar kawan dia yang sedang solat tu. Aku tak pasti sama ada dia teruskan solat atau camne. Mungkin jugak kawan dia kutip dan baling canister tu ke tempat lain. Allahua'lam.
Sebelum tu aku dah terpisah dengan kawan-kawan aku dari Perlis tapi aku jumpa dua orang kat tempat parking hospital. Seorang lagi dah terpisah masa aku kena tear gas kedua. Dapat laporan dia lari masuk ke bahagian bawah Puduraya then follow other group marching to Stadium Merdeka. Kemudian kami bertiga solat jamak taqdim di hadapan foyer hospital. Ramai yang ambil kesempatan untuk bersolat di situ dengan anggapan hospital adalah kawasan perlindungan. Polis atau FRU tak boleh tembak tear gas atau water cannon ke dalam kawasan hospital. Tapi kitorang semua silap.
Polis tipu!
Bila YB Sivarasa datang, dia berunding dengan polis untuk kitorang marching guna sebelah jalan je. Unit amal PAS pun arahkan orang ramai untuk berbaris elok-elok, rapat-rapat kat jalan. Ada yang duduk di atas jalan. Tapi FRU dan polis still menghalang jalan di depan. Then polis tangkap YB Sivarasa dan bawa dia ke belakang. Lepas tu FRU terus sembur air dan tear gas kepada orang ramai. Keadaan yang sempit tu menyebabkan sukar untuk melarikan diri. Aku terus lari kembali ke dalam kawasan hospital. Speechless aku dengan tindakan polis dan FRU ni. Aku tak tahu di sebalik tubuh seorang manusia tu, apakah yang membentuk hati mereka.
Dikejar SB
First sekali apa itu SB? SB ialah siput babi. Hehehe. Kami dikejar oleh SB di dalam kawasan hospital. Kalau sesiapa yang pernah pergi ke hospital Tung Shin ni mesti tahu camne bentuk muka bumi kat sini. Kami terkepung! The most possible way to escape is panjat bukit dengan cerun 75 darjah. Gila bahaya! Atau crossover pagar tajam yang memagari keliling hospital. Dengan kasut but aku, senang je untuk aku panjat bukit tu tapi aku rasa bersalah kepada para wanita yang kurang berdaya untuk memanjat.
Wanita-wanita ni seperti tak tahu nak ke mana. Diorang ke hulu ke hilir cari jalan yang possible untuk seorang wanita boleh escape tapi tak jumpa. So aku ambil keputusan untuk stay kat situ. Tapi tiba-tiba ada ramai SB serbu kami, maka aku terpaksa lari ke bahagian belakang hospital dan crossover pagar tajam. Kat situ kami beramai-ramai menolong pakcik-makcik yang kurang berdaya untuk cross pagar tajam tu. Alhamdulillah, apa yang penting? Kerjasama.
Selipar jepun
Ramai juga yang aku jumpa tu berkaki ayam. Selipar putus masa lari kena kejar dengan polis. Mungkin diorang tak diberi arahan yang jelas kot supaya pakai kasut. Yela, kita nak berhimpun secara aman, so pakai jela simple-simple. Tak payah la pakai macam aku. Dah macam nak pergi panjat gunung. Hehe. Apapun expect the worst.
Berjalan lagi
Setelah melepasi bukit di hospital tu, kami berjalan kaki menghala ke KLCC. Hampir habis tenaga, kami berehat kejap kat stesen minyak Shell. Memang laku barang jualan dalam kedai kecil tu. Aku rasa habis semua kot barang makanan dan minuman dalam tu. Dekat kawasan Bukit Bintang kami jumpa dengan YB Nik Nazmi. Sempat bergambar dengan dia. Aku bagitau yang aku follow dia kat twitter. Bajet dia nak follow balik. Haha.
Halal dan haram
Kat Bukit Bintang tu kami lalu depan pusat maksiat. Arak dijual di tepi jalan je. Siap ada offer lagi. Aku pelik kenapa perhimpunan aman diharamkan tapi arak dan kemungkaran kubro camni dihalalkan pulak? Owh, negara Islam 1Malaysia. Tak perlu aku list benda haram yang dihalalkan dan benda halal yang diharamkan mereka yang berkuasa. Korang sendiri boleh fikir kan.
KLCC
Masa kami sampai kat KLCC tu dah lewat petang. Keadaan dah reda tapi polis dan FRU masih banyak berkawal. Kami masuk ke dalam KLCC untuk menyejukkan diri dan mengisi 'tank' yang kosong serta top up tenaga yang dah merah. Masa tengah makan tu ditegur oleh pasangan uncle dan auntie chinese. Diorang pun sama-sama dengan kami dari Puduraya sampai ke KLCC, cuma tak perasan sebab ramai sangat. Ternampak jugak YB Johari Abdul makan-makan dengan isteri dan kawan-kawan dia.
Last
Kami dapat tahu kawan kami yang terpisah tu dah diambil oleh ayah beliau di KL Sentral. Mujur dia selamat. Actually dia pair dengan aku (anak usrah aku) tapi kitorang separate masa kena tear gas kedua. Sungguh tak bertanggungjawab punya naqib! Haha. Akhirnya kami menaiki tren dari KLCC ke Wangsa Maju dan balik semula ke Ampang. Kawan-kawan aku nak terus balik ke Perlis malam tu jugak tapi aku nak ke Shah Alam sebab nak pergi program Wacana bersama Syeikh Jum'ah Amin. So, minta tolong kawan ambil aku kat KL Sentral dan tido kat rumah sewa dia di Shah Alam.
Ni gambar bagi membuktikan aku pergi sana. Poyo sket. Haha
Sudah tamat~
shinobi ibnu yazid on 10:24 4 shuriken
jutsu pengalaman hidup
Friday, May 20, 2011
Too late is as good as never
Aku paling tak suka tunggu orang. Kalau jalan, aku suka jalan cepat-cepat. Kalau bawak motor, aku suka bawak laju-laju. Ah, lantak ko la. Sapa suruh ko slow sangat. Tapi itu bukan problemnya. Problemnya ialah bila kita buat orang tunggu kita bermakna kita dah buat benda yang salah.
Selalunya term 'tungu-menunggu' ni bermakna ada akad janji untuk bertemu pada masa sekian-sekian. So, ia adalah janji. Janji kena tepati. Kalau tak tepati janji bermakna tercalit sifat seorang munafik pada kita. Kalau lambat biar ada alasan yang jujur. Bukan mencari alasan untuk melepaskan diri.
Orang melayu suka berjanji. Sampai ada ungkapan janji melayu. Maksudnya janji dengan maksud lambat 15 hingga 30 minit. Mungkin lebih lagi. Tanpa alasan yang memuaskan. 'Kalau saya datang awal pun orang lain datang lambat jugak'. Mungkin ada yang tak setuju. Realitinya kebanyakan yang aku pernah jumpa macam tu.
Lambat. Dulu masa kat matrik ada seorang kawan aku (lain kelas) bagitau ada lecturer dia suruh tutup pintu lecture hall selepas 15 minit kelas dimulakan. So, yang datang lambat tu dapat cuti. Tapi takpe kot sebab ada penjenayah tolong sign kat borang kehadiran. Apa ada hal?
Pernah seorang saudara cuba menunjukkan qudwah hasanah. Atau lebih tepat disebut memulakan sunnah hasanah. Meeting yang sepatutnya start lepas Isyak pukul 9. Selepas 15 minit hanya dia seorang je yang datang, maka beliau pun pulang dengan hati yang tenang walaupun dia orang penting untuk meeting tu. Meeting yang penting. Tapi setelah beberapa lama aku melihat tiada perubahan pun pada sikap orang lain. Mungkin approach yang kurang berjaya.
Bayangkan anda berjanji dengan seorang yang sangat punctual. Dia tak suka walau seminit pun masanya terbuang dengan menunggu. Atau dia ada perkara penting lain nak dibuat tapi semata-mata telah berjanji dengan anda, dia datang on time. Anda pula datang lambat 20 minit dengan tersengih-sengih, hanya minta maaf dua perkataan dan buat selamba seolah-olah tak bersalah.
Cuma, tak jarang orang yang lambat dengan alasan yang jelas tapi disalah anggap hanya kerana dia tak berkesempatan menjelaskan punca keterlambatannya. Bukan mudah nak bersangka baik terutama bila emosi mendahului pertimbangan akal. Selalu jugak alasan yang syar'i dianggap sepele bagi orang lain. Memang payah tapi itulah realitinya.
Lastly, kadang-kadang ada orang suka ambil kesempatan atas kebaikan kita. Mungkin sesekali perlu bertegas.
A: It's better late than never
B: Too late is as good as never.
-paley tsugareyukumono-
20052011_0048
shinobi ibnu yazid on 01:08 0 shuriken
jutsu Self-Introspection
Wednesday, May 18, 2011
He who asks a question is a fool for five minutes, He who does not ask a question remains a fool forever
Kadang-kadang bila aku nak buat sesuatu, selalu fikir banyak-banyak kali. Mungkin sebab dah terbiasa dari kecil, dididik untuk "fikir masak-masak sebelum buat sesuatu" dan selalu dimomokkan oleh pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitu juga "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" telah membentuk kerangka berfikir dan attitude aku dalam berfikir dan melontarkan pandangan.
Pernah dalam kelas English for Academic Communication, lecturer minta setiap seorang bertanya kepada group yang buat pembentangan. Setiap soalan akan dapat bonus mark. Lama aku ambil masa untuk karang soalan tu. Sampai kepada pembentangan group yang hampir last baru aku berani bertanya. Itupun takut tak sempat, nanti hilang markah bonus. Alhamdulillah lecturer puji soalan aku. Sebenarnya boleh je tanya soalan bodoh-bodoh pun. Asal bertanya. Just nak wujudkan komunikasi dalam kelas.
Bila aku baca buku-buku motivasi, semuanya mengesyorkan agar tetap bertanya soalan walaupun kelihatan bodoh. Pepatah (Fortune cookies?) ada mengatakan "He who asks a question is a fool for five minutes, He who does not ask a question remains a fool forever". Itu baru dalam bab bertanya. Belum lagi perkara-perkara lain. Orang kata ini masalah self-confidence dan ada juga berkata ini masalah superiority-complex. Aku pun tak tahu. Tapi bagi aku menimbang sesuatu perkara sebelum execution process merupakan perkara yang wajar tapi tetap tak boleh terlalu rigid dan complex sebab akan menyempitkan ruang untuk berkreativiti.
Kadang-kadang aku terlalu memikirkan risiko dan kesan daripada tindakan. Padahal kesan dan risiko itu hanya imaginasi subconcious' mind aku je. Hakikatnya tak sebegitu atau tak seteruk itu.
When everything changes, change everything. If you cannot change everything, change yourself, paley!
-paley tsugareyukumono-
18052011_1613
shinobi ibnu yazid on 16:17 2 shuriken
jutsu Self-Introspection
Tuesday, May 10, 2011
Aku takut pada kritikan...
bismillah...
Sebenarnya tak tahu nak tulis apa pun. Tapi tadi terbaca sikit buku Creative Journal Writing tulisan Stephanie Dowrick (pdf). Don't hold your ideas. Write whatever thoughts passing in your mind. Never thinking about editing, formatting and so on. Just write all of it. Lebih kurang macam tu la maksudnya.
Bagi aku sendiri, sebenarnya takut nak menulis. Sebenarnya aku takut dikritik. Kadang2 rasa nak tulis dalam english sebab aku rasa writing aku ok. Eh! aku dapat A- untuk english masa kat matrik dan itulah kali pertama dalam hidup aku dapat A untuk subjek english. Kat UTM I still manage to get A- in English for Academic Writing. Bangga jap. Tapi still takut nak menulis even dalam BM pun. Sebab utama, takut pada kritikan. Yelah, walaupun orang tak kritik (komen) dalam blog tapi bila jumpa kat luar nanti kena kritik jugak.
"Ko ni...dalam blog (macam) bagus giler, kat luar ntahpape je.."
"Kenapa dalam blog english ko macam power, tapi bila kat luar macam teruk giler..."
Sebenarnya tak pernah ada orang cakap camtu pun kat aku. Aku je mengkritik diri sendiri. Aku tak tahu sejauhmana kritikan mampu menguatkan seseorang.
"I don't know what to say...your work just like....GIGO. Garbage In, Garbage Out!"
Kalau kena kritik macam tu mungkin down terus kot. So depend la kepada jenis dan cara kritikan. Kalau kritikan tu baik tapi disampaikan dengan cara yang salah, akan bagi efek negatif jugak. Tapi kalau kritikan tu destructive, dapat disampaikan dengan cara yang elok, mungkin tak seteruk efek jika disampaikan dengan cara yang teruk kan. Aku rasa camtu la.
Tapi dalam aku takut pada kritikan, dah hampir tiga tahun aku tulis blog. Walaupun takde orang nak baca blog ni tapi aku tetap menulis walaupun kadang2 hiatus terlalu lama. Mungkin amal dhoifi (sepertimana selalu diulang2 oleh manusia hebat beramal qowiy) seperti menulis blog ni dapat keberkatan daripada Allah dan dapat memberi manfaat kepada sesiapa saja yang terbacanya. Ya, sesungguhnya aku tak tahu yang manakah di antara amal-amalku yang diterima Allah. KepadaNya lah aku berserah diri. Ok, nantikan my next post! :)
---From Paris Perlis with Love--- :p
...
shinobi ibnu yazid on 06:55 2 shuriken
jutsu Self-Introspection
Tuesday, May 03, 2011
I Got A+!
bismillah...
Dulu masa first kelas Kartografi ada seorang Prof ni cakap kepada kami, sebelum dia memulakan kelas hari tu,
Untuk subjek ni saya dah bagi kamu semua A. Semua orang dikira dapat markah 100%. Tapi ada syaratnya. Setiap kali kamu tak submit assignments, markah akan ditolak. Setiap kali tak score test, akan ditolak lagi. Dan akan ditolak lagi jika tak score untuk final exam. Markah yang ditolak bergantung kepada score kamu untuk setiap task tu. Jadi, kamu yang pilih untuk stay dengan A atau dapat D atau fail.
Kami yang mulanya happy sebab yakin dengan janji A rupa-rupanya termakan trick Prof ni je. Bak kata Tuk Bayan Tula, "Kalau nak pintar, belajar! Kalau nak berhasil, usaha!"
Begitu juga dalam kehidupan kita di dunia ni. Allah subhanahu wa ta'ala menciptakan kematian dan kehidupan sebagai ujian untuk melihat siapa di kalangan hambaNya yang terbaik amal mereka (67:2). Bayangkan Rasulullah saw yang dipelihara daripada dosa dan telah dijanjikan syurga oleh Allah subhanahu wa ta'ala juga beribadah dengan sangat intensif sehingga bengkak-bengkak kaki baginda (mafhum hadis yang diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, 'A'isyah radiyalllahuanha).
Kita juga harus yakin bahawa Allah dengan sifat Ar-Rahmaan dan Ar-RahiimNya telah memberikan kita syurgaNya sejak azali lagi. Ketika kita mengakui Dia sebagai Rabb dan Ilah di alam roh (7:172) lagi. Masih ingatkah perjanjian itu? Dan Allah subhanahu wa ta'ala menjadikan dalam kehidupan di dunia ini assignments, quizzes, tests dan final exams untuk melihat siapakah best of the best, cream of the cream di kalangan hamba-hambaNya.
Hakikatnya, Allah subhanahu wa ta'ala jualah yang menilai setiap amal kita (9;105). Ada pun Allah telah menceritakan karakteristik hamba-hamba pilihanNya melalui Al-Quran Al-Karim (contoh: 3:110, 9:111-112, 23:1-9, 33:35, 61:10-14). Itulah petunjuk kepada kita agar berusaha sedaya-upaya untuk menjadi hamba-hamba pilihanNya.
So, optimislah dan kejar syurgamu! InsyaAllah, dengan izinNya jua... Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi ibnu yazid on 10:16 2 shuriken
jutsu dari pena penulis...
Wednesday, April 27, 2011
Untitled 1
A house on fire
A wall of stone
A door that once was open
An empty face and empty bones
Who ate your heart?
You're cold inside
You're not the one I hoped for
I'll see you on the other side
The wind wouldn't blow me home
To lie in your heart of hearts
Will I ever see you again
And lie in your heart of hearts
Entah kenapa aku terasa nak letak lirik lagu yang tak bertajuk ni. Maksudnya depends la kepada setiap orang. Aku kecewa hidup bersama manusia-manusia yang "hebat".
Bukan mudah nak mengkafirkan orang lain
Bukan mudah nak merendah-rendahkan amal orang lain
Bukan mudah nak rasa diri tu hebat sangat
Bukan mudah nak fikir orang lain futur
Tapi semua itu mudah bagi manusia-manusia "hebat"
Sebab mereka dah perfect Islamnya
Sebab mereka dah power amalnya
Sebab mereka terbaik dalam semua perkara
Sebab mereka tak pernah lemah
Adakah mereka akan menafikan?
Antara amal qowi dan amal dho'if
Islam tak pernah memilah-milah amal selagimana ia amal soleh
Hatta mengalihkan halangan di jalanan itu adalah sedekah
Mereka yang selalu antusias untuk meluruskan orang lain
Tapi mereka terlupa bahawa mereka sendiri berjalan bengkok
Anda akan diberi seribu dalil jika berhadapan dengan mereka
Tarbiyah yang panjang menjadikan lidah mereka begitu fasih berbicara
Anda hanya sekelumit lumpur hitam yang hina
Hanya apabila seseorang merasa besar di hadapan manusia
Ketika itulah Allah menjadikan dirinya hina Kuchiyose no jutsu! Habis dah...shinobi ibnu yazid on 00:35 0 shuriken
jutsu dari hati...
Saturday, April 16, 2011
Kejayaan Istidraj
Kerja dalam lingkungan student menyebabkan aku juga terasa bahang final exam yang tinggal beberapa minggu je lagi. Seminggu lagi? Aku juga pernah menjadi student. Menjadi freshy, sophomore, senior, super senior dan super duper senior. Berada dalam suasana pembelajaran exam-based bukanlah perkara yang aku suka. Aku terpaksa train diri aku untuk belajar semata-mata nak score exam. Tak score jugak pun. Dimanakah silapnya?
Bagi seorang muslim hidup ini adalah ibadah. Syeikh Ali Ath-Thantawi berkata, "Segala perbuatan yang memberi manfaat kepada manusia yang dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah adalah ibadat." Ini selari dengan firman Allah swt dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 56*. Jika kita memahami perkara ni pasti kita akan memusatkan segala perbuatan dan usaha kita ke arah jalan yang diredhai Allah.
Tapi manusia memang bersifat pelupa. Kadang-kadang kita study gila-gila sampai lewatkan solat. Apatah lagi nak berjemaah di masjid. Kita rasa cukup sekadar menunaikan kewajipan solat. Bila untuk exam kita sanggup usaha untuk buat yang terbaik. Bila untuk Allah kita buat ala kadar je. Pernah tak terfikir benda ni? Dan kita mengharapkan kejayaan dengan usaha yang macam tu. Siapa yang bagi kejayaan?
Bukankah Allah memberi kita otak yang dengannya kita dapat study? Bukankah Allah mengurniakan kita tangan yang dengannya kita menulis nota? Bukankah Allah yang memberi penglihatan kepada kita sehingga kita dapat melihat? Bukankah Allah yang mengurniakan kepada kita pelbagai nikmat sehingga kita berada di tahap sekarang? Namun kita membalas segala bentuk nikmat itu dengan melengah-lengahkan solat, membuka aurat, bergaul secara bebas lelaki dan perempuan, berbuat maksiat dan sebagainya. Apakah kita masih mengharapkan Allah memberi kejayaan kepada kita dengan usaha kita yang gigih tu?
Orang-orang yang memahami ayat Allah, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu." daripada surah Muhammad ayat 7 mesti berwaspada. Begitu banyak terjadi golongan yang mengakui diri mereka sebagai da'i ilallah atau pendakwah ke jalan Allah bermudah-mudah setelah mereka memahami ayat ini.
Berjam-jam kita spend masa untuk buat notes, exercises, lab reports etc tapi kita kedekut untuk spend masa membaca kalam Allah. Kita sibuk buat study group sampai lewat malam, at last kita lewat bangun solat subuh. Kita sibuk berbincang dengan lecturer sampai lewatkan solat hingga hujung waktu.
Kalaupun Allah memberi kita kejayaan dengan usaha kita yang gila-gila tu, itu bukanlah kejayaan yang hakiki. Kerana kejayaan di sisi Allah mesti didapatkan dengan cara-cara yang diredhaiNya. Andaikata jalan yang ditempuh untuk memperoleh kejayaan itu mungkar bermakna kejayaan itu adalah istidraj. Sesuatu yang Allah beri untuk membiarkan kita terus bergelumang dalam kekufuran. Bila kita melupakan Allah, Allah akan melupakan kita. Dia tidak akan memelihara kita. Dia akan membiarkan kita terus leka tanpa pengawasanNya. Maka kita akan terus hanyut dalam kemaksiatan dan kekufuran.
Sebab itulah kita melihat ramai orang yang apabila diberi kejayaan menjadi semakin sombong, angkuh, bongkak dan besar kepala. Dia merasa dialah yang terbaik lalu dia merendah-rendahkan orang lain. Dia merasa betul atas semua perkara yang dia lakukan dan menyalahkan perbuatan orang lain.
Sejarah membuktikan kerendahan hati para ulama' Islam. Semakin tinggi ilmu mereka, semakin tunduk ruh dan jasad mereka kepada Allah. Semakin zuhud kepada dunia. Semakin berakhlak dengan manusia. Semakin mesra dengan alam. Ini jelas membuktikan betapa Allah meredhai usaha mereka lalu menganugerahkan perbendaharaanNya (ilmuNya) kepada mereka.
Allahua'lam.
-paley tsugareyukumono-
16042011_1541
shinobi ibnu yazid on 15:46 0 shuriken
jutsu Self-Introspection
Bedah Buku:: Rembulan Tenggelam di Wajahmu
Penulis: Tere-Liye
Mukasurat 478
Sebenarnya novel ni merupakan hadiah daripada PTS sebab aku iklankan peraduan PTS dalam blog aku. PTS bagi pilihan 3 buah buku. Aku pilih Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Edensor tapi tak bernasib baik sebab semua novel-novel dah habis. So dia bagi novel ni. Mula dapat novel ni agak kecewa sebab rasa macam tak best tapi ada seorang kawan pernah syorkan pada aku baca buku Hafalan Solat Delisa karya Tere-Liye juga. Dan ramai yang cakap buku tu bagus. Jadi aku assume karya Tere-Liye ni tak kurang hebatnya berbanding dengan Andrea Hirata. Alhamdulillah, bila selesai baa ternyata benar, memang best.
Aku tak ingin menceritakan panjang lebar mengenai novel ni sebab ia sangat best. It's worth reading. Digalakkan membeli dan membacanya sendiri. Apapun kena kuatkan semangat bila nak mula membaca sebab kadang-kadang kita rasa boring di pertengahan jalan dan sangkut. Kalau sabar dan istiqomah, paling lambat pun seminggu boleh habis baca satu novel.
Novel ni menceritakan tentang hukum aksi-reaksi. Hukum kesan dan akibat. Tentang Rehan, seorang penghuni rumah anak yatim yang selalu mempersoalkan ketentuan yang berlaku pada dirinya. Tentang 5 persoalan yang selalu bermain-main difikirannya. Setiap yang berlaku dihadapi dengan reaksi negatif. Tindakan orang-orang di sekelilingnya yang dirasakannya tidak betul dan tidak adil. Kesan daripada reaksinya kepada orang-orang di sekelilingnya. Semua itu membentuk sebuah pola dengan pattern yang sangat menarik. Betapa setiap aksi-reaksi akan memberi kesan kepada setiap entiti dalam sesebuah komuniti sehingga mampu mencapai jarak maksima yang boleh dijangkauinya.
Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa setiap apa pun yang kita lakukan baik kecil mahupun besar akan memberi kesan pada orang lain sama ada dengan jalan yang kita sedar atau tanpa kita sedari sedikitpun. Novel ini cuba menjelaskan kepada kita bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan untuk kita, maka itulah perkara terbaik untuk kita. Sikap pesimis kadang-kadang menyebabkan kita menyalahkan takdir langit dan bertindak di luar batasan. Novel ini memberi harapan tentang masa depan yang kita tak dapat melihatnya. Tere-Liye bijak mengajak kita agar sentiasa bersikap optimis dengan segala ketentuan Ilahi. Ini sangat bertepatan dengan firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat ke-216
"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Semua persoalan Rehan terjawab ketika dia dalam keadaan koma di waktu tuanya. Seseorang yang datang di masa komanya menceritakan hakikat dan hikmah atas setiap yang berlaku pada dirinya. Menjawab persoalannya secara tuntas. Rehan bertuah kerana masih diberi peluang untuk hidup dan bertaubat...
Allahua'lam
-paley tsugareyukumono-
16042011_0903
shinobi ibnu yazid on 09:23 1 shuriken
jutsu Bedah Buku
Wednesday, April 13, 2011
Bedah Buku:: Generasi Mendatang Generasi Yang Menang
Penulis: Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Sebenarnya dah lama aku beli buku ni. Kat buku ni tertulis November 2009. Seingat aku beli kat BADAN Cemerlang, Plaza Angsana JB. Tempat yang selalu menjadi destinasi riadah otak. Buku nipis je, 97 mukasurat. Mulanya aku lebih berminat kepada nama penulis tapi tajuk buku ni seakan-akan memberikan satu persoalan kepada aku, siapakah generasi mendatang itu? Tak diragukan lagi bahawa Allah pasti akan memenangkan agamaNya walaupun orang-orang kafir benci dan cuba menghalang kemaraannya. Tapi siapakah orang-orang yang akan dimuliakan oleh Allah ini dan apa karakteristik mereka? Itulah persoalan asas dalam buku ni.
Buku ini dimulakan dengan rintihan dan rungutan umat Islam tipikal yang selalu dijumpai dalam masyarakat kita. Orang-orang yang masih beristiqamah dengan Islam serta ajarannya tapi merasa tertekan kesan daripada kemunduran umat Islam di serata dunia. Kenapa umat Islam terus tertindas sedangkan Islam merupakan agama yang benar. Umat Islam adalah umat terbaik di kalangan manusia. Allah pun telah berjanji akan menolong orang-orang yang beriman. Jadi dimanakah silapnya?
Yang pertama sekali umat Islam wajib sedar dan faham bahawa Islam sajalah agama yang benar. Islam saja yang mampu menyelesaikan semua permasalahan umat manusia. Kerana Islam bukan agama ciptaan manusia. Ia adalah agama yang diciptakan oleh Tuhan seluruh manusia. Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia. Maka Islam adalah ruh umat kita.
Cuma yang menjadi masalah ialah sejauhmana kita telah menunaikan hak-hak Allah ta'ala? Hak Allah sebagai Rabb. Hak Allah sebagai Ilah Yang Maha Esa. Apakah kita layak ditolong dengan nilai keimanan kita sekarang?
Sesungguhnya kemenangan dan pertolongan Allah tak akan datang tanpa sebab. Dalam buku ni Syeikh Al-Qardhawi menyenaraikan tiga hukum kemenangan Islam yang telah aku tulis di note facebook aku sebelum ni. Pertama, kemenangan hanya datang dari sisi Allah. Kekuatan ketenteraan dan sumber material yang lengkap tak berupaya memberi kemenangan tanpa izin daripada Allah ta'ala. Kedua, Allah hanya menolong orang-orang yang menolong agamaNya. Bermakna Allah tak akan memberi kemenangan kepada umat Islam selagimana umat Islam tidak menegakkan segala perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya. Ketiga, kemenangan dalam ertikata yang sebenarnya hanya ekslusif untuk orang-orang beriman sahaja. Bagi orang-orang beriman hanya ada dua pilihan: hidup meraih kemuliaan atau mati sebagai syuhada dan merebut syurgaNya. Syeikh juga menjelaskan betapa pentingnya keimanan itu disemai dan dijaga dengan baik sehingga membuahkan buah yang baik pula.
Akhir sekali, diceritakan secara panjang lebar mengenai karakteristik generasi yang menang. Apa yang menarik dalam buku ini ialah hampir semua hujah disertai dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Generasi ini adalah generasi yang sentiasa membela kebenaran. Generasi ini sentiasa menentang kemungkaran dan kekufuran sekeras-kerasnya. Generasi ini bergandingan lelaki dan perempuan dalam al-Haq. Generasi yang berpegang kepada ilmu dan fakta. Generasi Rabbani yang sentiasa ikhlas dalam perjuangan. Generasi yang orientasinya sentiasa mengarah kepada Islam. Generasi yang selalu berdakwah dan berjihad dengan penuh kesungguhan. Generasi yang mempertahankan tajarrudnya dalam suasana masyarakat yang rosak dan selalu berusaha mengubah segala kerosakan itu. Generasi yang seimbang dan melaksanakan keadilan. Serta generasi Al-Awwabun Taibun iaitu takut bermaksiat kepada Allah. Inilah generasi harapan kita, insyaAllah.
Allahua'lam.
shinobi ibnu yazid on 17:21 0 shuriken
jutsu Bedah Buku
Sunday, April 10, 2011
Ajtahidu fauqa mustawal akhar
Terjumpa kalimah ni kat dalam novel Negeri 5 Menara. Maksudnya lebih kurang berusaha lebih gigih daripada usaha orang-orang lain. Nampak macam simple. Dan kalau kita duduk dalam komuniti yang mana orang malas lagi ramai dari orang rajin, maka nak berusaha lebih daripada orang lain tu agak mudah. Namun andaikata kita duduk dalam lingkungan orang-orang super rajin sepertimana pelajar-pelajar Pondok Madani dalam novel tu, nak berusaha lebih daripada orang lain bukan satu benda yang mudah.
Kalau majoriti orang study 2-3 jam, so kita mesti study 4-6 jam. Err..tak pernah lagi study deret (berterusan) sampai macam tu. Masa SPM dulu study tak sampai sejam pun dalam sehari. Cuma spend 2-3 jam untuk buat kerja sekolah. Naqib aku (dulu) pernah cakap kerja sekolah tak masuk dalam waktu study. Kat matrik dan uni lagi la tak study sangat. Of course sebab aku kurang minat dengan apa yang aku belajar. So tak pernah lagi dalam hidup aku rasa aku usaha lebih daripada orang lain. Bahkan aku selalu rasa aku belum mengoptimumkan kemampuan aku yang sebenar. Rasanya aku boleh challenge diri aku untuk buat something extraordinary.
Dalam masyarakat yang jumud, pastinya bila kita buat something yang berbeza daripada majoriti manusia atau kita mengambil pendekatan yang berbeza daripada kebiasaan orang ramai, maka banyaklah orang akan pandang slack (lekeh). Except kita dapat buktikan apa yang kita buat itu memberi kejayaan, maka kita akan terus dipandang hina oleh masyarakat sampai mati. Berapa ramai antara penduduk Mekah pada awal kerasulan Nabi Muhammad saw meyakini agama Islam akan menguasai dunia 1000 tahun ke depan?
Kita selalu mengukur kejayaan dengan hasil sedangkan ukuran kejayaan dalam Islam ialah amal dan usaha (9:105). Ini tidak bermakna kita mengabaikan hasil tetapi Allah SWT telah berjanji hasil adalah proportional with usaha (53:39). Buka al-Quran dan lihat sendiri terjemahannya, mana tahu kot-kot aku tersalah. Allahua'lam.
-paley tsugareyukumono-
10042011_2343Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi ibnu yazid on 23:44 5 shuriken
Ikan
Joging bukanlah kebiasaan aku. Aku lebih suka main bolasepak. Tapi sejak masuk matrik, aku paksa diri untuk berjoging walaupun tak konsisten. Sampailah sekarang joging adalah pilihan terakhir untuk riadah. Pilihan pertama main bola. Pilihan kedua tidur atau tak buat apa-apa. Pilihan ketiga ialah joging dan tiada pilihan ke-4 dan seterusnya. Bukan nak cerita pasal joging sebenarnya. Nak berkongsi tadabbur alam selepas berjoging mengelilingi kawasan Guar Gajah. Selepas joging lebih kurang 2.7km tanpa henti, aku berjalan ke bawah flyover sebagai proses cooling down. Kat bawah sana ada longkang besar tapi air yang sikit. Tapi bila hujan kat sini selalu banjir.
Kat longkang tu ada gelung. So antara gelung dan basement longkang tu mencipta sebuah jeram kecil. Ada banyak anak-anak ikan kecil melompat-lompat cuba melepasi jeram. Ada beberapa ekor sudah melepasi jeram kecil tu. Yang lain cuba terus menerus untuk melawan kuasa air. Aku melihat sebuah nilai besar daripada ikan-ikan kecil ini. Aku tak tahu apakah intention ikan-ikan kecil ini untuk meredah arus yang kuat tu. Mungkin mencari kawasan yang lebih selamat. Ikan-ikan kecil itu terus melompat. Cubaan demi cubaan. Seakan-akan aku melihat anak ikan yang sama terus mencuba nasib, berjuang tanpa kenal lelah untuk menentang halangan arus yang kuat. Dan akhirnya berjaya melepasi halangan paling sukar iaitu jeram kecil tersebut. Namun masih ada halangan yang menanti. Air yang mengalir keluar dari gelung dengan topografi yang lebih tinggi menghasilkan arus yang lebih deras berbanding arus di bawah. Setelah mengerah segenap energi untuk melepasi jeram, ikan-ikan kecil ini terus dipaksa mengoptimumkan kuasa renangan pada ekor dan sirip mereka untuk menentang arus deras yang keluar daripada gelung. Aku melihat ikan-ikan kecil yang berjaya melepasi ujian di jeram cepat-cepat berenang dengan laju untuk ke tempat yang lebih perlahan arusnya.
Namun ada juga ikan-ikan kecil yang walaupun berjaya melepasi jeram, tetapi jatuh kembali ke bawah. Mungkin telah kehabisan tenaga. Aku kasihan melihat anak-anak ikan kecil yang jatuh semula setelah berjaya melompati jeram deras itu. Aku rasa seperti nak terjun ke dalam longkang dan membantu ikan-ikan kecil itu melepasi jeram. Tapi itu mungkin mengganggu nature alam. Biarlah aku duduk memerhati sambil menyedut ibrah daripada alam sebanyak-banyaknya.
Ada yang lebih mengkagumkan ialah selepas berjaya merentasi jeram dan berenang ke tempat yang lebih selamat, anak-anak ikan tadi bersepakat dan membuat formation untuk terus berenang mara ke hadapan. Seolah-olah masing saling sokong-menyokong. Seperti formation V burung camar pulang petang. Nampaknya seperti akan berjaya strategi ikan-ikan kecil itu. Namun di depan sana ada jeram yang lagi besar dan lebih ganas dan laju airnya. Aku doakan agar ikan-ikan kecil itu berjaya. Matahari semakin tenggelam di ufuk memantulkan sinaran jingga di sebalik awan membentuk pemandangan yang sangat cantik dan indah. Maghrib akan jadi semakin awal.
Source HERE
shinobi ibnu yazid on 00:44 0 shuriken
jutsu Self-Introspection
Thursday, April 07, 2011
Buku, Kitab dan Book
Alhamdulillah, kerana simpati terhadap nasib buku2 dekat rak ni yang sudah lama dibeli dan sudah lama tidak dibaca, maka aku bertekad untuk cuba istiqamah membaca semua buku2 ini dalam tahun ni, insyaAllah. Sebenarnya aku termotivasi selepas membaca beberapa buku dan kisah. Aku terbaca kisah para ulama Islam yang menjadikan buku ibarat air liur yang perlu sentiasa ditelan supaya tekak tidak kekeringan. Kisah2 ini diceritakan oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni di dalam bukunya, Aku, Buku dan Cinta. Aku juga terbaca tentang kesungguhan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan para ikhwan ketika dipenjarakan pada zaman revolusi. Bagaimana mereka mengubah penjara menjadi madrasah di mana pelbagai ilmu dibincangkan dan dipelajari. Sungguh dahsyat kesungguhan mereka. Dan aku bertanya kepada diri sendiri, kenapa aku tidak berusaha menjadi seperti mereka? Subhanallah, jauh sekali perjalanan untuk menjadi seperti mereka. Para ilmuwan Islam itu sejak kecil terkenal dengan tekad kuat untuk menuntut ilmu. Kecerdasan mereka dikenal sejak kanak2 lagi. Berbeza dengan aku yang hanya mula mengenal hakikat Islam ketika di alam matrikulasi. Tapi ibarat sebuah pepatah inggeris, "A journey of a thousand miles begins with a single step". Perlu berubah ke arah kebaikan walaupun payah. Perlu mujahadah melawan nafsu walaupun sukar. Perlu mula sekarang, jangan ditangguh-tangguh. InsyaAllah, seperti ayat terakhir dalam surah Al-Ankabut, orang2 yang bermujahadah mencari keredhaan Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalannya. Sesungguhnya Allah bersama2 orang2 yang berbuat kebaikan.
Kadang2 malu juga bila terbaca student di Barat boleh habiskan beratus-ratus judul buku akademik dalam setahun kuliah. Ya, aku yakin bukan semuanya. Mungkin di Malaysia juga ada student yang ulat buku macam tu. Mungkin low-profile, kurang didedahkan. Iyalah, tv dan surat khabar di Malaysia lebih suka menceritakan perihal artis dan hiburan berbanding perkara2 intelektual. Bukan hanya salah mereka. Dah 'customer' hanya suka perkara2 macam tu saja. Prinsip industri, apabila meningkatnya permintaan maka produksi juga akan dilipatgandakan. Apapun, ibarat satu sel yang mampu mengubah genetik homosapiens, begitulah kita perlu menjadi sel2 dalam masyarakat untuk melakukan perubahan yang menyeluruh dan efektif. Dan aku sangat menyokong usaha Baca@LRT. Teringin nak join andai berpeluang. Selalu jugak naik LRT kalau ke KL dan biasanya aku akan bawa buku sekali. Kalau tidak, mata akan meng'usha' ke mana2 entah. Lebih baik tido tapi nanti sampai Seri Petaling pulak padahal nak ke Masjid Jamek. Hehe.
Ada orang kata tidak boleh sekadar membaca tanpa ada bimbingan daripada guru. Kalau tidak nanti dianggap berguru dengan syaitan. Mungkin ada kebenarannya. Allahua'lam. Tapi aku tak rasa perlu berguru untuk setiap buku. Takkanla baca buku The Girl with the Dragon Tattoo karya Stieg Larsson pun nak talaqqi. Nak talaqqi dengan siapa? Hehe. Jadi sebilangan buku yang melibatkan akidah dan syariat perlu dibincangkan. Bukan sekadar membaca dan menyedut keseluruhan isi dan kulit tanpa memikirkan dulu berdasarkan ilmu yang benar. Dan sudah tentu untuk mengelakkan daripada menempuh jalan yang sesat dan batil, kita perlu berguru, berbincang dan merumuskan dalam kerangka berfikir yang benar. Ya terpulang untuk membaca apa saja, selagimana ianya bermanfaat kepada diri dan ummat, tafaddhol, silakan.
Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk membaca beberapa judul buku dalam minggu ni. Tapi aku tetap menyesal kerana rasanya lebih banyak masa terbuang sia2 berbanding masa yang telah digunakan untuk menghabiskan 3 buah buku tu. InsyaAllah akan aku cuba 'bedah' secara ringkas mengenai setiap buku yang aku baca untuk di'share' bersama rakan2. Mungkin boleh memberi sedikit motivasi untuk sama2 mempertingkatkan bacaan sebagaimana aku sering termotivasi untuk membeli dan membaca buku selepas membaca artikel Ustaz Hasrizal, Ust Zaharuddin etc, berbincang dengan kawan2, dan suggestion secara tak langsung daripada status kawan2 kat facebook. Sungguh sejak kecil aku mempunyai spirit of inquiry yang tinggi sehingga aku akan baca semua pages dalam akhbar Utusan Malaysia yang ayah beli. Padahal ada yang aku tak faham pun. Dan ada yang tak bermanfaat sangat pun. Ini menyebabkan aku ingin mengambil tahu semua perkara sehingga mengalami masalah time management yang agak serius. Sehingga sekarang. Perlu berubah, insyaAllah.
Sehingga bertemu lagi, mata ne~
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.
From my facebook notes HERE.
-paley tsugareyukumono-
-070411_0324-
shinobi ibnu yazid on 08:43 1 shuriken
jutsu Bedah Buku, dari pena penulis...
Thursday, March 17, 2011
Rechargeable
Assalamu'alaikum waRahmatullah waBarakatuh
Bismillahirrahmaanirrahiim
Bateri??? IPad??? Ape kaitan?
I will make it short.
Apa kita buat kalau bateri handphone kita habis atau nak habis? Mesti kita kalut cari charger then bila dah dapat charger kita akan kalut cari plug then kita pun charge la handphone kan. Tunggu lama sampai bateri penuh. Kadang-kadang ada yang tak sabaq, bateri bar dah naik sikit terus cabut. Lepas tu kita pun rasa lega sebab bateri handphone dah ada. Senang nak pi jalan mana-mana.
Hidup kita sebagai muslim pun sama macam handphone jugak. Iman kita ibarat bateri. Bila bateri kita lemah, amal kita pun lemah. Nak solat rasa malas. Nak baca al-Quran pun malas. Nak pergi usrah pun malas. Macam handphone yang low battery. Anytime je boleh padam. Sebab tu iman pun kena recharge.
Haa?? Iman pun rechargeable ek? Camne nak charge?
Kan dah cakap tadi iman tu macam bateri. Tapi bukan bateri pakai buang tu. Bateri mahal boleh charge semula.
"Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Rasulullah saw bersabda: "Perbaharuilah iman kamu." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kami dapat memperbaharui iman kami?" Baginda menjawab, "Perbanyakkanlah mengucapkan Laa ilaaha illallaah." (Hadis hasan riwayat Imam Ahmad dan At-Tabrani)
In fact, berzikir itu dapat me'recharge' kembali iman kita yang mungkin telah lemah akibat maksiat dan sebagainya. Jadi kita boleh recharge iman kita dengan membuat amalan fardi (sendiri) atau kita panggil ia sebagai tarbiyyah zatiyah (tarbiyyah kendiri) dengan pelbagai cara. Baca al-Quran, solat malam, zikir mathurat, baca buku/artikel agama, dengar nasyid islami etc. Tapi kalau kita lupa bawak charger camna? Eh tetiba pulak charger...
Practically, time kita down memang payahla nak buat tarbiyyah zatiyah menda semua nih. Teori ok, implementation hancus (ada orang ok). Sama jugak macam handphone tadi. Mungkin time kita travel tu lupa bawak charger kan, so camne kita nak charge handphone kita kalau bateri dah habis? So kita pinjam charger kat kawan kita yang guna charger sama macam kita. Sebab tu dalam al-Quran, bila cerita pasal iman, Allah akan mention a group of believers. Jadi iman ni tak boleh sorang-sorang. Sebab apa kena ramai-ramai?
"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian., kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Surah Al-'Asr)
Jadi kawan-kawan ni ibarat spare charger. Kalau kita lupa diorang boleh tolong ingatkan. Kalau kita lalai diorang boleh luruskan. Tapi mestila kawan yang "guna charger yang sama" dengan kita. Kalau kita salah pilih charger, bateri pun tak recharge bahkan handphone pun boleh rosak. Bahaya tu...
Akhir kalam,
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah dijalanNya agar kamu beruntung." (Surah Al-Maidah: 35)
Allahua'lam
shinobi ibnu yazid on 06:58 0 shuriken
jutsu Self-Introspection
Friday, March 04, 2011
Oresund Bridge
Assalamu'alaikum wbt
Bismillahirrahmaanirrahiim
"Engineering is the art of modeling materials we do not wholly understand, into shapes we cannot precisely analyze so as to withstand forces we cannot properly assess, in such a way that the public has no reason to suspect the extent of our ignorance" (Dr. A.R Dykes)
Ada seorang engineer diberi tugas mengetuai projek membina sebuah jambatan (asyik-asyik bina bangunan je, tukar contoh pulak) dari Sweden ke Denmark (actually already accomplished "Oresund Bridge"). Engineer ni diberi masa 4 tahun untuk memastikan jambatan ni siap sepenuhnya dengan specs keselamatan yang ditetapkan.
Maka bermulalah kerja engineer ni. Siang malam kerja 'pecah kepala' nak make sure semua berjalan on time. Sebab dalam projek mega macam ni, setiap saat adalah duit. Mulanya engineer ni semangat giler dan smooth je tapi bila macam-macam problems berlaku, dia mula slow. Masalah family la, supplier hantar barang lambat la, pekerja berhenti la, mesin rosak la, salah calculation la dan pelbagai masalah menyebabkan banyak kerja-kerja pembinaan tertangguh.
Akhirnya engineer ni pun ambil keputusan stop sekejap projek dia. Minggu ni busy, ada kerja lain. Minggu depan pun busy ada hal urgent. Minggu satu lagi pun tak boleh, ada meeting projek lain. Projek tak jalan. Pekerja-pekerja pun bergumbira riang ria sebab ketua engineer tak access kerja diorang pun. Kemudian minggu satu-satu lagi baru start projek semula. Masa tu pekerja-pekerja dia dah mula confuse tak tahu nak buat apa. So problem semakin bertambah.
Ok. Ini hanya rekaan semata-mata. Tak mungkin in real world ada engineer sebodoh tu dan ada kompeni sestupid tu untuk masih mengekalkan engineer seperti itu. Kalau tak credible, awal-awal lagi dah kena buang kerja. Ada ramai engineer boleh back up kalau ketua engineer off.
Dalam pembinaan manusia juga hampir sama dengan kerja sebagai engineer. Sebagai naqib kita ibarat ketua engineer. Kita ada projek besar membina Individu Muslim. Kita ada master plan, ada banyak stages dengan target-target (ahdaf) tertentu, ada bahan-bahan nak kena cover dalam masa tertentu dan ada deadlines untuk setiap stage sehinggalah siap projek. Bukan saja projek je yang siap, malah lahir seorang lagi bakal ketua engineer yang akan membina monumen-monumen lain.
"The road to success is always under construction" (Anonymous)
Bila naqib ada masalah, usrah lah paling mudah sekali dibatalkan. Pening kepala sikit, batal usrah, sepupu kahwin, batalkan usrah, ada test, tangguhkan usrah ke minggu depan, anak usrah ada masalah, down taknak buat usrah dah dan macam-macam lagi. Padahal ada je naqib-naqib lain boleh ganti kalau dah tak boleh sangat. Mungkin ramai yang masih beranggapan usrah adalah hak milik peribadi.
Kesimpulannya, jambatan tak boleh siap dengan sendiri. Anak usrah tak boleh jadi bagus dengan sendirinya. Mereka ibarat batu, perlu digosok sampai licin. Baru bersinar.
"A diamond is a chunk of coal that is made good under pressure" (Henry Kissinger)
shinobi ibnu yazid on 23:32 0 shuriken
jutsu I Think
SB = Siput Babi
Assalamu'alaikum wbt
Bismillahirrahmaanirrahiim
"Secularism is the belief that government or other entities should exist separately from religion and/or religious beliefs" (Wikipedia, 2011)
Sekular! Mungkin tu je perkataan yang sesuai kepada pengetua kolej kediaman Unimap kat Wang Ulu.
Alkisahnya, aku nak jumpa kawan di sana. Tetapi oleh sebab usrah aku habis pukul 0130, so aku ajak kawan aku tidur kat surau sekali. Ye la, kalau tidur kat bilik susah la sikit nak bangun kalau dah tidur lewat macam tu. So, sampai kat sana kami pun pasangla kipas dua biji, hampar tikar lapik tidur dan baring. Pasang kipas sampai dua tu sebab kat situ banyak nyamuk.
Baru je nak lelap, mamat pengetua ni datang dan start interrogate. Tanya buat apa? Kenapa berdua je? Mintak kad matrik dengan IC. Macam-macam tanya. Kawan aku cakap kami nak qiamullail, kalau tidur kat bilik payah nak bangun. Kad matrik dengan IC tak bawak, tinggal wallet kat bilik. Padahal bawak je tapi sebab nak cover aku sebagai outsider terpaksala cakap macam tu. Then mamat ni tak puas hati jugak. Bagi alasan kami buka kipas la, membazir elektrik la, langgar peraturan la, student tak boleh keluar bilik lepas pukul 12 la. What the heck la!
Ramai lagi student lain melepak kat luar tu. Ada yang study dengan girls buka kipas, buka lampu. Ada yang tengah call awek kat tepi padang luar kawasan asrama. Ada duduk dating dengan awek. Ada geng-geng chinese melepak kat luar asrama. Kami yang tidur kat surau ni jugak disuruh balik tidur kat asrama. Tak faham la. Muka macam melayu, nama macam islamik. Tapi...
Dah malas aku dengar mamat ni berleter, aku ajak kawan aku balik bilik dia. Tidur kat bilik la daripada dengar ceramah mamat ni. Tiba-tiba je cakap dia dulu masa student pun suka study dan tidur kat surau. Sama macam kami. Dia kata memang lebih selesa study kat surau tapi peraturan tetap peraturan. Student tak boleh guna surau untuk study atau tidur. Tetiba je tunjuk baik pulak mamat ni. Dasar hipokrit.
Masa kami nak keluar dari surau ada seorang student lain datang nak study kat surau. Mamat ni tak bagi jugak. Bukan ke student bayar yuran kolej? Surau tak dikira sebagai kolej ke? Student bayar yuran khas which is guna untuk bayar utilities etc. Alasan kami guna elektrik unimap adalah tak munasabah. Student ada hak guna kemudahan dalam kolej bila-bila masa yang mereka perlukan. Ops, aku tak termasuk.
Dalam perjalanan balik bilik tu kawan aku cerita satu benda lagi yang agak mengejutkan. Unimap taknak nama islam dalam biro kerohanian. Nak bagi kat india untuk pegang post sebagai biro kerohanian MPP. Ditambah pulak sekarang ni 4 calon Pro-M menang kerusi perwakilan pelajar unimap. So, ada kemungkinan usrah akan diharamkan. Ala, sekarang pun bukan dapat kebenaran. Macam-macam sekatan dikenakan kepada student yang nak buat program islamik tapi takde pulak 'macam-macam' bila student bangsa/agama lain buat program-program mereka. Apa ni?! Ini unimap atau Lim Kok Wing University?
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing." (HR Muslim)
Itulah nasihat aku kepada kawan aku which is actually anak usrah aku. Umat ini sedang tenat. Kerja kita masih banyak dan tak termampu kita nak buat semua. Tambah pulak bila ada segelintir umat Islam sendiri yang menjadi batu penghalang kepada kebangkitan generasi muda islam. Mereka mengikut telunjuk para pemimpin kuffar dan dididik menjadi tangan dan kaki para musuh islam untuk menghalang kebangkitan ini.
"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya." (QS As-Saff:8)
Cuma ada nasihat daripada seorang ikhwah hizbi di unimap, "Banyak SB kat unimap".
SB?
Hehe~ Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi ibnu yazid on 08:13 0 shuriken
jutsu pengalaman hidup
Thursday, March 03, 2011
minta maaf semua
Assalamu'alaikum wbt
Bismillahirrahmaanirrahiim
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya" (Manusia)
Kadang-kadang aku terfikir kenapa kita selalu buat kesalahan yang sama berulang-kali? Kita sedar kita telah tersalah, tersilap tapi pada ketika yang lain kita sama ada terbuat atau dengan sengajanya mengulangi kesilapan yang sama.
"Syaitan selalu berusaha menyesatkan kita."
Alih-alih syaitan juga yang kita persalahkan. Kita sedar betapa bersungguh-sungguhnya syaitan untuk menyesatkan kita. Dia berusaha tak mengenal penat. Habis tu kenapa kita tak berusaha pulak untuk defend diri kita dari dakwah syaitan? Kita je yang tak bersungguh-sungguh...
Dalam hidup aku dah buat banyak kesilapan. Kesilapan dan kesalahan yang aku tahu silap dan salahnya sebelum aku buat perkara itu. Tapi still aku buat jugak.
"Bukan senang nak control nafsu."
Nafsu tu dalam diri kita. Tak siapa boleh control melainkan diri kita sendiri. Tak semua nafsu jahat. Yang jahat adalah hawa. Apabila Allah sebut perkataan hawa dalam Al-Quran, Allah tak berkehendak melainkan menghinakannya dan menyuruh manusia meninggalkannya. Tapi kebanyakan manusia malah mengikutinya.
Kadang-kadang kita belajar daripada kesilapan. Kadang-kadang tak. Kita lupa. Orang yang tak mahu belajar daripada kesilapan, dia takkan belajar selama-lamanya. Manusia perlu belajar daripada kesilapan. Tapi tak bermakna kita perlu buat silap untuk dapat belajar sesuatu. Yang penting kita belajar untuk memperbaiki setiap kesilapan. Kesilapan orang lain mungkin boleh dijadikan sempadan.
"Yang baik jadikan teladan, yang tak baik jadikan sempadan."
Aku selalu ingatkan diri aku bahawa setiap kesalahan aku kepada Allah, insyaAllah akan terampun dengan taubat dan istighfar. Tapi apakah manusia dapat memaafkan aku di atas segala kesalahan yang aku lakukan pada mereka? Mungkin ramai, sampai terlupa, yang aku telah sakiti dan guriskan perasaan mereka. Mungkin ada antara mereka sedang membaca tulisan ini, maka aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan daripada kalian.
Hidup kita mungkin tak lama. Kematian hanya di belakang kita...
Allahua'lam.
shinobi ibnu yazid on 18:33 0 shuriken
jutsu dari hati...
Tuesday, February 22, 2011
Aku seorang da'i
bismillahirrahmaanirrahiim
"Da'i ibarat kucing; kucing yang comel, manusia suka, kucing yang tak comel, manusia tak suka" (Tanpa nama)
Ada orang mengaku sebagai da'i. Da'i?! Apakah itu? Da'i ialah pendakwah. Secara umumnya, da'i ialah seseorang (sekumpulan orang dipanggil du'at) yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah perbuatan yang mungkar, baik yang dilakukan oleh individu ataupun berkumpulan. Tugas sebagai da'i tak terletak kepada individu tertentu sahaja. Ia tanggungjawab semua orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Bukan hanya tugas ustaz, tok guru, mufti, tok syeikh dan sebagainya. Jadi kenapa dengan orang yang mengaku sebagai da'i ni? Apa masalah beliau?
Tak ada masalah sebenarnya bagi sesiapapun yang beriman ingin mengaku sebagai da'i. Kerja sebagai da'i bukan kerja lekeh. Ia kerja orang yang paling mulia di atas muka bumi sepanjang zaman. Ia kerja para rasul. Ia kerja yang diamanahkan oleh Allah. Ia kerja yang digajikan dengan syurga. Tapi ia juga kerja paling berbahaya di dunia sepanjang zaman. Bahaya?! Kenapa bahaya kalau ia kerja yang mulia?
Kalaulah kerja kat rig minyak tengah laut sana tu tak bahaya, orang takkan bagi gaji mahal-mahal. Kalaulah kerja doktor tu just cucuk-cucuk, potong-potong, jahit-jahit je, baik upah tukang jahit je. Modal da'i bukan air liur je. Duduk atas mimbar, pong pang pong pang ceramah je. Lepas ceramah, balik rumah. Esok ceramah lagi pong pang pong pang. Oklah, aku pun taknak berceramah dalam blog ni. Cuma nak cakap pasal satu aspek je bagi seorang da'i. Atau lebih tepat lagi aspek penting seseorang yang mengaku da'i. Aku rasa benda ni penting. Sebab tu aku pun dah start untuk ubah diri sendiri, sikit-sikit pun jadi la. Sikit-sikit, lama-lama tetap sikit. Hehe~
Aspek yang penting itu ialah..jeng, jeng, jeng...pemakaian. Haa, aku bukan apa, kadang-kadang terperanjat bila ada seorang mamat ni solat kat depan aku. Solat jemaah. Baguihhh. Tapi yang membuatkan aku terkejut ialah bila dia sujud nampak boxer dan sedikit parut-parut kat belakang badan dia. Kat area bawah-bawah sikit. Ok, jangan bayangkan. Balik bilik, try pakai baju adik korang kemudian sujud. Then suruh member korang shot dari belakang guna DSLR D550 yang 18.1 Megapixel tu. Then, masuk dalam photoshop, zoom kat tempat yang sesuai. Hehe~
Ok, aku mengaku solat aku tak khusyuk. Nak khusyuk camne?! Tension lagi ada la. Aku sepak jugak bontot mamat ni (Sabaq, sabaq). Nak solat pakai la elok-elok. Kalau dah tak sempat sangat, bawak la kain pelikat ke kain batik mak dia ke. Sarung je. Ish! (Ok. Ini merupakan monolog dalaman ketika hari kejadian. Sekarang dah waras sikit)
Sekarang berbalik kepada perihal pemakaian seorang da'i. Sebab kita berada di Malaysia, maka "pendakwah" di sini ialah orang Malaysia dan objek dakwah ialah masyarakat Malaysia. Ada orang tanya boleh tak pendakwah pakai seluar jeans, t-shirt dan topi? Ada orang jawab takde masalah. Kat US, ada pendakwah pakai seluar three-quarter je berdakwah kat streets. Ada yang cakap, pakaian tak penting. Yang penting ialah apa yang disampaikan. Ada yang lebih extreme berpendapat topi ialah pakaian yahudi. Siapa yang pakai topi, dia yahudi. Dia menyandarkan pendapatnya kepada hadis Rasulullah saw yang menyatakan barangsiapa yang menyamai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan kaum tersebut. Aku cakap itu semua persepsi kita. Bagaimana pula persepsi mereka, objek-objek dakwah kita?!
Pendakwah tak boleh sekadar berpersepsi sendiri. Ikut intention sendiri sama je dengan mengikuti hawa nafsu. Tak boleh juga mengikut persepsi atau waqi' (suasana) yang ada sehingga mengabaikan tuntutan syariat. Sebab tu pentingnya ilmu.
Kajian kes:
Sekumpulan anak muda berpakaian seluar three-quarter, baju t-shirt dan topi baseball sedang mengedarkan risalah bertajuk "Tatacara berpakaian di dalam Islam" di Petaling Street. Bagaimanakah penerimaan masyarakat Petaling Street?
Kalau dapat dikira percentage penerimaan masyarakat terhadap dakwah para pemuda yang bersemangat tadi, aku berpendapat 20% menerima, 20% menolak dan 60% confuse. Waddefish la budak-budak ni?!! Korang nak berdakwah ke nak pergi main skate? Eh, ok apa. At least ada jugak yang menerima dakwah kitorang. Setakat ko tulis blog je, berapa orang yang terima dakwah ko? WTF (Welcome To Facebook~)
Kajian kes lagi:
Kat masjid UTM dulu aku pernah tengok seorang foreigner (pelajar asing) pakai three-quarter je bersolat berjemaah. Kat surau KRP, ada foreigner yang pakai kain yang lebih nampak seperti towel je. Ops! Siap jadi imam tu. Eh, hafal al-Quran rupanya. Dan banyak student melayu solat kat surau (terutama yang aku jumpa kat KTHO) pakai seluar track dengan t-shirt sahaja. Aku pun termasuk sekali. Siap pernah jadi imam dengan pakai camtu je. Oh, sepanjang duduk kat UTM tak pernah tengok mana-mana student pakai jubah pergi main futsal. Alhamdulillah, harap berkekalan sampai sekarang.
Jadi apakah etika berpakaian seorang da'i?
Aku berpendapat kita kena realistik. Bagi aku tak bolehlah kalau kita cakap "Pakai la apapun asalkan bersih dan tutup aurat sudah..". Memanglah Islam menuntut kita berpakaian bersih dan tutup aurat tapi sebagai da'i, kita kena tengok-tengok, usha-usha sekeliling jugak. Da'i yang suka pakai baju fit "adik beliau" kemudian sungguh rajin solat berjemaah di masjid. Eh, rupa-rupanya kat depan aku tadi da'i. Daif sungguh sampai tak mampu beli baju yang lebih besar. Kalau time solat, pakailah pakaian yang molek-molek sikit bro. Kita nak jumpa Allah kot. Bukan jumpa makwe. Kalau ko nak jumpa makwe, pakai selekeh camne pun takpe. No problemo.
Ustaz Firman (ikhwah PKS di Bandung) bagitau jelek jika ikhwah pergi solat pakai trening (seluar track). Oh, terasanya aku (time tu) sebab aku selalu sangat pakai track suit pergi masjid. Alhamdulillah aku mula berubah sikit-sikit dan aku sampaikan pula pada yang lain. Ustaz cakap, bukannya tak boleh pakai trening tapi kita membawa imej seorang da'i. Maka perlulah bagi kita menjaga persepsi masyarakat. Kerana persepsi masyarakat terhadap seorang yang membawa imej Islam bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan syariat. Bukankah antara target kita ialah menjadi public opinian leadership? Tak semestinya pakai jubah. Baju melayu dengan seluar slack/jeans. Kopiah? Pakaila kalau nak pakai tapi lebih baik pakai. Yang penting pakaian yang smart dan kemas. Biarlah orang yang pakai tu semak (tak smart..hehe).
Kalau nak pergi makan kat kafe, boleh pakai slack/jeans dengan baju yang longgar-longgar sikit. Oh, aku cakap untuk pendakwah lelaki je. Tahu la ko ada six pack bro, dada menonjol. Sebenarnya bagi aku, sama je perasaan lelaki tengok perempuan pakai ketat dengan perempuan tengok lelaki pakai tight. Nak pulak perempuan tu cantik dan lelaki itu kacak. Tak berkedip kot. Walaupun ilmu dakwah kita banyak tapi bilamana objek dakwah awal-awal lagi dah klasifikasikan kita sebagai "geng huhahuha" hanya dengan melihat kepada pemakaian kita, maka automatically agak sukar dia nak menerima seruan kita. Oh, aku bercakap atas pengalaman sendiri. Mungkin ada orang yang berpengalaman sebaliknya.
Jom futsal! Yang penting pakailah pakaian yang menutup aurat. Three-quarter pun boleh. Better seluar panjang. Sebab kadang-kadang three-quarter korang lebih 2 inci je daripada lutut. Jadi bila time duduk tu maka nampaklah lutut korang yang penuh parut bekas eksiden tu. Ganas?! Ya, memang ganas lagi mengganaskan.
Oh, student eh? Silalah ikut peraturan universiti. Ops! aku tak layak bercakap di sini. Seingat aku hanya semester pertama je aku ikut peraturan universiti dalam etika berpakaian di dalam universiti. Tapi aku ingin ingatkan korang sebuah pepatah melayu, "Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan". Kadang-kadang malu kepada rakan-rakan chinese sebab diorang sangat disiplin dalam etika pemakaian. Tak apalah. Biar nampak skema dan nerd, asalkan korang happy. Happy ke?!
Apa-apapun, sebagai da'i marilah kita menjaga penampilan kita dari sekarang. Ingatlah, diri kita akan menjadi sebab kepada penerimaan atau penolakan manusia terhadap dakwah. Bila kita OK, dakwah pun OK. Kalau kita KO, dakwah akan terus berjalan dengan pertolongan Allah, insyaAllah. Maafkan aku jika tersalah. Jumpa lagi next entri. ;)
p/s oh! sungguh membosankan entri yang panjang dan tidak bergambar @_@"
shinobi ibnu yazid on 12:51 1 shuriken
jutsu pengalaman hidup
Wednesday, February 09, 2011
Doa Rabitah
bismillahirrahmaanirrahiim
Selalu kedengaran rasa tak puas hati antara sesama ikhwah. Terasa keringnya ukhuwwah, yakni persaudaraan. Rasa dipinggirkan. Rasa cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh ikhwah-ikhwah yang lain. Semua perasaan-perasaan yang dicampakkan oleh syaitan ke dalam hati kita untuk melemahkan ikatan iman ini. Sehingga kelemahan kita menyebabkan kita memperturutkan hawa nafsu kita lalu mengikuti telunjuk syaitan. Akhirnya, ukhuwwah itupun hancur terputus.
Aku pernah mengalami perasaan yang sama. Dan aku yakin hampir semua orang pernah diuji dengan perasaan yang sama. Cuma yang membezakan kita adalah bagaimana kita bertindakbalas terhadap perasaan itu. Bagaimana kita menjawab persoalan-persoalan itu.
Ia adalah sebuah perasaan yang tak boleh diubati dengan ceramah atau daurah ukhuwah islamiyah. Ia perlukan sebuah tindakan konkrit yang berbasis kepada perasaan yang sama. Memahami kehendak hati dan perasaan. Mengikuti naluri keimanan yang benar. Bukan anggapan dan logik akal. Ia mesti ditangani dengan senjata iman. Kerana hati ini milik Allah, maka Dia lebih mengetahui keadaannya.
Allah yang mempertautkan antara hati-hati orang beriman.
Akhirnya, semua kembali kepada Allah. Ukhuwah ini adalah milik Allah. Dia mencampakkan perasaan kasih sayang itu ke dalam hati hamba-hambaNya yang ikhlas. Supaya mereka berkasih-sayang keranaNya, bukan kerana sesuatu yang lain.
Bilamana Allah menarik perasaan itu bermakna ada sesuatu yang Dia ingin kita perbetulkan dan perbaiki. Hubungan kita denganNya, apakah ianya mesra? SuruhanNya, apakah kita laksanakan? LaranganNya, apakah kita tinggalkan? Keikhlasan kita, adakah sentiasa bersih dan suci?
Pernah suatu ketika, aku merasakan kemaraunya perasaan kasih sayang di antara ikhwah. Dan sehingga kini pun, kadang-kadang perasaan yang sama masih menyerang. Alhamdulillah, berkat menjaga mutaba'ah amal sejak mula-mula mengikuti halaqah, aku hafal doa rabithah. Sebuah doa, bagi aku, sangat mendalam maksudnya. Yang dapat mengikat antara hati-hati kami. Menjaga ukhuwah antara kami di atas landasan keimanan kepada Allah ta'ala.
Praktikkanlah dengan penuh kesungguhan di dalam doa-doa kita selepas solat agar Allah terus menjaga dan memelihara ukhuwah ini insyaAllah.
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan ma'rifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah Pelindung dan Pembela
Amiin
Ya Allah, terimalah amalan dan doa kami.
Allahua'lam Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi ibnu yazid on 10:23 0 shuriken
Tuesday, January 25, 2011
Menangislah!
bismillahirrahmaanirrahiim
Seorang ikhwah menghampiri aku, lalu menunjukkan sebuah lakaran beberapa bulatan dan anak panah 'network' di buku tulisnya. Aku perhatikan.
"Ini ialah susunan katibah 'by level'.", dia menjelaskan.
Multilevel. Macam MLM.
"Akhi, sebenarnya ana sedih dan sedikit kecewa kerana katibah pada peringkat ini 'kering' dan tak rasa ruh katibah", katanya sambil menunjukkan bulatan katibah peringkat tertinggi.
"Maksud enta?", aku balas bertanya.
Biasanya istilah 'kering' menunjukkan konotasi yang negatif.
"Bayangkan ikhwah-ikhwah tak menangis bila bincang dakwah!", suaranya tegas.
"Siap boleh gelak-gelak main-main lagi.", tambahnya.
"Ana bincang masalah dakwah dalam katibah masa kat IPTX dulu sampai menangis. Ikhwah-ikhwah lain pun sama-sama menangis. Basah. Penuh ruhiyah.", dia cuba menjelaskan.
Aku terdiam. Terkedu. Aku hanya pernah menangis di hadapan Tuhan kerana selalu tak menunaikan hak-hak anak-anak usrah, tak keberdayaan aku melaksanakan dakwah ini dengan baik, kelemahan aku dalam mengekang diri daripada bermaksiat kepadaNya dan sedikitnya pengharapan aku kepada Allah azzawajalla. Jarang sekali atau mungkin tak pernah menangis di hadapan ikhwah-ikhwah ketika berbincang mengenai tanggungjawab dakwah. Kering.
Bukan menangis itu sekadar menangis. Tapi tangisan itu lahir daripada hati yang ikhlas. Yang merasa bahawa maksiat dan dosa-dosanyalah yang menyebabkan dakwah ini terbantut. Menyebabkan dakwahnya tidak ditolong. Menyebabkan lemah dan futurnya dalam perjuangan. Air mata itu tak akan sia-sia.
Wallahua'lam.
shinobi ibnu yazid on 23:11 0 shuriken
jutsu Self-Introspection
Fiqh Al-Tamkin
bismillahirrahmaanirrahiim
At-Tarbiyyah wat Takwin, Thoriquna lil Tamkin...
Sesungguhnya jalan ke arah kemenangan itu hanya satu. Tiada jalan atau cara lain untuk menggapai kemenangan islam melainkan dengan melalui jalan yang telah ditempuh dan dicontohkan oleh murabbi para da'i iaitu Nabi Muhammad saw. Bagaimana jalannya? Maka daripada sirah beliaulah kita mengambil prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah sebagai petunjuk jalan dalam gerakan dakwah dan tarbiyyah ini.
Di Madrasah Arqam bin Abi Arqam, Rasulullah saw mentarbiyyah para sahabat as-sabiqun al-awwalun tentang tauhidullah, membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, membersihkan diri mereka daripada kesyirikan, kekufuran dan jahiliyah serta mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (62:2). Lalu para sahabat mengikuti jalan nubuwwah, beriltizam dengannya selepas ketiadaan Rasulullah saw, meneruskan tugas kerasulan dan mewariskannya kepada generasi seterusnya sehinggalah ke hari ini kita dapat bernafas dengan udara iman dan islam.
Hari ini kita beruntung kerana dilahirkan sebagai seorang muslim. Tapi jarang sekali nikmat yang kita dapat 'percuma' kita hargai dengan sewajarnya. Aku mengingatkan diri sendiri bahawa kafilah dakwah ini akan terus bergerak sama ada aku menyertainya ataupun tidak. Allah pasti akan memenangkan agamaNya (61:8) dengan aku atau tanpa aku. Allah akan menolong orang-orang yang menolong agamaNya (47:7) dan Allah tak pernah sia-siakan amal para hambaNya (9:105). Janji Allah itu pasti (9:111), InsyaAllah.
Rasulullah saw pernah menjanjikan kemenangan Islam ke atas Rom dan Parsi ketika Perang Khandak. Ketika umat Islam belum punya kekuatan yang besar. Yang mungkin dianggap sinis oleh kaum munafiq. Namun, keimanan para sahabat terhadap janji Allah dan Rasulullah saw tak pernah menyebabkan mereka 'hanya duduk menunggu' kemenangan itu tiba. Bahkan mereka terus-menerus berusaha untuk memastikan janji itu menjadi kenyataan. Itulah keimanan sebenar kepada qada' dan qadarNya.
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus tsabat di atas jalan dakwah, beriltizam dengan tarbiyyah dan takwin serta mematikan kita sebagai syuhada dalam memperjuangkan agamaNya. InsyaAllah.
shinobi ibnu yazid on 13:12 0 shuriken
jutsu dari pena penulis...
Monday, January 17, 2011
Kehilangan
bismillahirrahmaanirrahiim
Semalam aku menulis sesuatu yang penting.
Tapi ter'sign out' akaun gmail semasa sedang menulis.
Bila dah selesai menulis, aku tekan button publish.
Blogger tak dapat publish sebab tak sign in.
Dan tak save 95% post aku.
So, aku frust dan terus tido.
Dan aku mimpi aku kehilangan sesuatu yang besar dalam hidup aku.
Aku terjaga dan pergi solat subuh.
Sekian.
shinobi ibnu yazid on 07:13 5 shuriken
jutsu dari hati..., ketidakpuasan hati
Friday, January 14, 2011
Maximum Likelihood Classifier
bismillah...
Ikhwah: Ana tengok student perempuan kat uitm perlis ni banyak yang baik-baik sekarang.
Aku: Kenapa, sebelum ni banyak yang teruk-teruk ke?
Ikhwah: Takdela, sebelum ni nampak ramai jugak yang free hair dan pakai tak tutup aurat.
Aku: Owh, taktau pulak. Ana baru je kat sini. Erm, apa indicator enta cakap student perempuan sekarang banyak yang baik-baik?
Ikhwah: Err..ana tengok ramai je yang pakai elok-elok dan pakai stoking tangan dan kaki.
Aku: Itu je?
Ikhwah: Lebih kurang la..
Aku: Emm...enta tau tak, sebenarnya mungkin betul atau mungkin jugak salah analisis enta tu. Dalam remote sensing, ana belajar image classification.
Ikhwah: Image classification? Camne tu?
Aku: Katakan kita ada satu imej satelit. Kita nak kelaskan bangunan, tanah, kawasan hutan, air etc kepada kelas-kelas yang berbeza supaya memudahkan kita untuk buat apa-apa analisis.
Ikhwah: Jadi, apa kaitan dengan analisis ana pasal student perempuan tadi?
Aku: Ok. Bila kita nak buat image classification, yang penting adalah apakah teknik yang kita nak guna. Ada banyak teknik. Yang biasa digunakan dan ana nak kaitkan dengan perkara ni ialah classification menggunakan teknik maximum likelihood.
Ikhwah: Hah?! Apa pulak mende ni?
Aku: Hehe. Maximum likelihood ni mengkelaskan setiap pixel dalam imej satelit menggunakan probability atau kebarangkalian based kepada Bayes' Theorem. Ok, cakap banyak pun tak guna. Payah nak faham. Hehe
Ikhwah: Tau takpe. Teruskan kepada perkaitan antara benda alah ni dengan analisis ana tadi.
Aku: Ok2. Jadi, sebelum kita classify imej satelit tadi menggunakan maximum likelihood classifier, kita akan pilih set of training areas as a sample. Then kira likelihood function of the training areas menggunakan set of algorithm. Daripada likelihood function ni, maximum likelihood classifier ni akan classify semua pixel dalam imej yang mempunyai kesamaan atau kemiripan (maximum similarity) dengan likelihood function tadi menjadi satu kelas yang sama.
Ikhwah: Ana pening. Apa kaitannya? Hehe
Aku: Patutnya enta tanya, pixel yang tak similar camne? Senang ana nak terangkan. Hehe
Ikhwah: Ok2, pixel yang takde kaitan pulak camne? Adakah diabaikan?
Aku: Haha. Bagus. Berbalik kepada analisis enta berkaitan student perempuan ramai yang baik-baik dah sekarang ni. Sebenarnya, analisis enta ni based kepada perubahan parameter yang mana mengubah jugak conditional probability untuk kesuluruhan masalah.
Ikhwah: Haha. Bertambah pening lagi ada la.
Aku: Saja bagi enta pening. Ok, ana permudahkan.
Ikhwah: Haa, camne?
Aku: Ok, bayangkan ada sebuah bekas ada berpuluh-puluh biji guli berwarna-warni. Ana suruh enta cari guli berwarna merah. Apa enta akan buat?
Ikhwah: Ana akan cari la guli kaler merah.
Aku: Apa yang enta buat pada guli selain warna merah? Abaikan, betul tak?
Ikhwah: Boleh kata camtula. Erm..betul jugak.
Aku: Jadi, kalau ana tambah banyak-banyak lagi guli yang kaler lebih kurang merah, camne?
Ikhwah: Ana akan lebih alert dan fokus pada guli kaler merah saja.
Aku: So, likelihood function enta ialah guli kaler merah. Jadi, otak enta menghantar isyarat kepada mata enta untuk fokus pada guli kaler merah sahaja. So, enta akan dapat guli kaler merah sahaja. Unless enta rabun warna, enta akan dapat warna hijau. Hehehe.
Ikhwah: Hehe. Jadi enta nak bagitau dulu training set ana ialah student free hair+tak tutup aurat dan sekarang student tudung labuh+pakai stoking?
Aku: Enta boleh fikir sendiri. Enta compute likelihood function tu based kepada kriteria tu then enta start classify student yang baik-baik dan student yang teruk-teruk.
Ikhwah: So, analisis ana salah ke?
Aku: Tak semestinya. Classification enta betul. Tapi adakah betul banyak student perempuan yang baik-baik sekarang jika nak dibandingkan dengan dulu? Dulu tak banyak?
Ikhwah: Err...
Aku: Kalau enta gunakan training set student perempuan tudung labuh+pakai stoking pada masa dulu, adakah enta akan dapat result yang sama seperti enta guna training set student perempuan free hair+tak tutup aurat?
Ikhwah: Ooo... tak sama. Faham2.
Aku: So sekarang, cuba enta tukar training set enta kepada student lelaki muka baik+kaki masjid, barulah nampak banyak mad'u untuk dihalaqahkan! haha
Ikhwah: Erk! Yelah2...hehe
Aku: Ok ah, ana nak pi masuk lab balik...
Ikhwah: Ok2
TAMAT
shinobi ibnu yazid on 16:27 2 shuriken
jutsu Karutan Ilmiah
Blogosphere
-
-
-
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …6 years ago
-
-
-
Jangan putus asa8 years ago
-
-
EXPRESS 201410 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum10 years ago
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Menulis kembali11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.11 years ago
-
Knowledge VS Wealth11 years ago
-
AlQuran VS ASME11 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim11 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H12 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA12 years ago
-
Keagungan Sabar12 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)13 years ago
-
-
-
kuburan malam14 years ago
-
Tinta Da'awi14 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 years ago
-
The Divine Book15 years ago
-
-
-
-